Khamis, 28 Jun 2018

Drama Ammar dan Opie lakonan Hazama dan Irfan Rajali

Drama Bila Tuhan Berbisik Cinta telah ditukar tajuk kepada Ammar dan Opie, akan mula ditayangkan di Slot Zehra TV3 pada 20 September 2018. Bersiaran sepanjang 13 episod, drama ini merupakan terbitan syarikat Excellent Pictures Sdn Bhd. Arahan pengarah oleh Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin dan skrip Nurull Halawati.

Drama Bila Tuhan Berbisik Cinta

Para Pelakon

Hazama, Irfan Rajali, Datuk Awie, Syerinie Myra, Kodi Rasheed, Aril Pilus, Riz Amin, Adam Malek, Sharifah Shahora, Rafasya.


Sinopsis Bila Tuhan Berbisik Cinta

Kisah kembara Amar bersama Opie di kota Thailand. Di sana juga Amar bertemu Awie seorang pemuzik yang sekian lama menghilang dari industri. Amar merupakan bekas penyanyi meningkat naik yang akhirnya tersungkur jatuh akibat sifat lupa dirinya.