Selasa, 17 Julai 2018

Drama Cik Sempurna lakonan Emma Maembong dan Azrel Ismail

Drama Cik Sempurna akan memulakan siarannya pada 16 Jun 2018, di Slot Dahlia TV3. Setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6.58 petang. Terbitan A.Aida Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Khalid Nadzri.

drama cik sempurna tv3

Para Pelakon

Emma Maembong, Azrel Ismail, Zoey Rahman, Dayang Areeda, Aiman Graseka, Farisya Irwayu, Aishah Atan, Nor Albaniah.

Ep Akhir
Backup / Dload

Lagu Tema/OST

iamNEETA - Terima Kasih
https://youtu.be/-sdHPD8lt9o

Sinopsis Drama Cik Sempurna

Memaparkan Noreen, sangat pembersih dan cerewet. Masalahnya, Noreen selalu mengamuk kerana dia tinggal dengan adiknya, Munirah yang pemalas dan pengotor. Namun, bab penampilan, Munirah yang ceria sentiasa mahu nampak cantik dan bergaya. Dia sentiasa menebalkan telinga apabila kakaknya membebel.

Di pejabat juga semua kakitangan meluat dengan sikap Noreen yang terlalu terperinci itu. Apa yang melucukan, mereka bertemu jodoh dengan pasangan yang kontras dengan mereka. Lalu banyak dipaparkan pengajaran dan kesabaran mendepani serta menerima pasangan suami isteri selepas kahwin.

Saksikan kesudahan drama Cik Sempurna dalam 21 episod pada Sabtu dan Ahad di TV3.

Gambar Pelakon

drama cik sempurna tv3 2