Khamis, 14 Jun 2018

Drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari lakonan Zul Ariffin dan Neelofa

Drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari lakonan Zul Ariffin dan Neelofa ini akan memulakan siarannya pada 15 hingga 19 Jun 2018. Ditayangkan di saluran Astro Ria 104, Ria HD 123 dan Raya HD 122 jam 7.00 malam, selama 5 episod. Merupakan adaptasi novel karya Suri Ryana. Terbitan Hyper Pictures Sdn Bhd, pengarah Michael Ang dan skrip Mirrada, Riqmal EG, PGRs Team.

Ti Amo Sweetheart 100 Hari

Para Pelakon

Zul Ariffin, Neelofa, Nur Qistina Raisah, Scha Alyahya, Fahad Iman, Elvina Mohamad, Syerinie Myra, Raja Afiq, Adam Shadan, Sharifah Shahora, Mustapha Kamal.

Sinopsis Ti Amo Sweetheart 100 Hari

Kisah kesabaran dan cinta seorang isteri bernama Malissa yang penuh dengan dugaan apabila suaminya Iskandar hilang tanpa berita. Malissa ditinggalkan oleh suaminya Iskandar setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar.

Malissa ke Rome selepas mendapat maklumat yang suaminya di sana. Dengan bantuan Faliq, Malissa mula mencari Isaac Iskandar. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.

Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu?

Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?
“Masihkah ada cinta di pertemuan kedua?”

Gambar Pelakon

pelakon Ti Amo Sweetheart 100 Hari