Rabu, 13 Jun 2018

Telefilem Senarai Raya Papa lakonan Fahrin Ahmad dan Nina Iskandar

Telefilem Senarai Raya Papa akan disiarkan pada 2 Syawal, Sabtu 16 Jun 2018 jam 9.30 pagi di TV3. Diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan skrip hasil nukilan Akhmal Khalil.

senarai raya papa tv3

Para Pelakon

Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Bella Dowana, Alyssa Dezek, Mark Adam.

Sinopsis Telefilem Senarai Raya Papa

Raya bakal menjelang, Fairuz terpaksa bekerja lebih masa untuk mengumpul duit bagi menampung perbelanjaan raya. Di dalam keluarga Fairuz, ahli keluarganya sering memberi senarai barang untuk hari raya. Tahun ini, senarainya itu lebih panjang dan mahal.

Demi tidak mengecewakan keluarganya Fairuz bekerja lebih keras dan menyuruh pekerjanya kerja ‘overtime’ untuk mencapai target syarikat. Sehingga Fairuz mengalami stress.