Isnin, 2 Julai 2018

Drama Jangan Padam Rindu lakonan Emma Maembong dan Keith Foo

Drama Jangan Padam Rindu terbitan Suhan Movies & Trading dan diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Merupakan adaptasi novel karya Rina Fariq. Bersiaran 20 episod di TV1 dan saluran OKEY.

poster jangan padam rindu

Para Pelakon

Emma Maembong, Keith Foo, Arash Mohd, Catriona Ross, Isyariana, Mustaqim Bahadon, Nina Nadir, Chef Zam.

Sinopsis Drama Jangan Padam Rindu

Mengisahkan Ellina yang menyangka Tuan Haji Mizan melamarnya untuk dijadikan isteri. Sudah semestinya dia tidak mahu bersuamikan lelaki tua.

Ellina tidak mementingkan kebendaan meskipun dia sangat berkenan dengan telefon pintar yang Tuan Haji Mizan hadiahkan kepadanya. Tidak semudah itu Ellina akan jatuh hati dengan orang tua itu.

Mujur Ellina dan Tuan Haji Mizan tidak pernah bertemu, hanya berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp. Ellina lebih rela Tuan Haji Mizan yang bertongkat itu menjadi bapa tirinya.

Bagaimanapun, Ellina tiada pilihan dan terpaksa akur dengan takdir itu. Tiba hari pertunangan, dia terkejut melihat bakat suaminya.

Gambar Pelakon

jangan padam rindu