Selasa, 17 Julai 2018

Filem Wheely, Fast & Hilarious! terbitan Kartun Studios, KRU

Filem Wheely, Fast & Hilarious! terbitan Kartun Studios. Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Datuk Norman Abdul Halim menjelaskan filem animasi terbitan syarikat itu, Wheely yang mengetengahkan dunia kenderaan bukan meniru animasi popular Hollywood, Cars.

filem wheely kru

"Memang ada pihak bertanya mengenai perkara itu. Saya ingin menegaskan Wheely mempunyai kekuatan jalan cerita tersendiri dan karakter berbeza.

Tonton percuma di iflix https://piay.iflix.com/play/128530

Video Teaser


"Malah, sebelum daftar hak cipta Wheely di Amerika Syarikat, kami sudah memastikan tiada persamaan di antara dua animasi berkenaan," katanya.

Oleh sebab itu, Norman berkata watak utama iaitu sebuah teksi kuning bernama Wheely diberi warna serta corak berlainan agar berbeza dengan Cars.

"Kebanyakkan teksi di Malaysia berwarna merah dan kebetulan pula watak Cars juga warna sama. Jadi, kami memilih warna kuning dan menampakkan Wheely seperti teksi lama Amerika Syarikat," katanya.

Menurut Norman, animasi aksi komedi arahan Yusry Abdul Halim itu mempunyai nilai produksi RM40.46 juta di pasaran antarabangsa dan bakal disiarkan di 100 negara.

"Antaranya China, Korea Selatan, Jerman dan Russia. Buat masa ini, kami masih dalam perbincangan dengan pengedar di Indonesia, Thailand, Hong Kong dan Jepun untuk menyiarkan Wheely di sana," katanya.

Wheely bakal ditayangkan di seluruh negara mulai 16 Ogos ini dalam versi bahasa Malaysia dan Inggeris.

Animasi edaran Primeworks Studios itu juga akan ditayang di Brunei dan Russia pada tarikh sama. - HMetro