Jumaat, 16 Jun 2017

Urus Niaga ASB Ditangguh Sementara

Urus Niaga ASB akan ditangguhkan sementara untuk penaiktarafan sistem.


Pelabur dinasihatkan untuk merancang transaksi ASB lebih awal sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. ASB akan dibuka semula pada 28 Jun 2017 dan pelabur boleh membuat pelaburan duit raya anak anda di cawangan ASNB dan ejen ASNB.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Jabatan Pengurusan Ejen dan Perhubungan Pelanggan di talian 03-2057 3000 atau emel ke asnbcare@pnb.com.my

Artikel Berkaitan Penangguhan Urus Niaga ASB

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan penangguhan sementara urus niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada 23 Jun ini untuk migrasi dan penambahbaikan sistem bagi meningkatkan keberkesanan operasinya.

Oleh kerana penangguhan berkenaan bersambung terus dengan cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri, ASB hanya akan mula diurus niaga semula pada 28 Jun 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin berkata, langkah menambah baik sistem operasi ASB itu akan membolehkan ia diuruskan di bawah satu sistem yang mudah, sama seperti produk unit amanah ASNB yang lain.

"Selaras dengan langkah menaik taraf sistem ASB ini, ASNB akan memperkenalkan opsyen sistem urus niaga tanpa buku dan mengguna pakai sistem satu nombor akaun untuk pelaburan dalam semua unit amanah ASNB.

"Langkah ini bertujuan meningkatkan kecekapan perkhidmatan ASB kepada pelabur kerana kami kini dapat menawarkan perkhidmatan yang sebelum ini tidak dapat diberikan menerusi sistem lama," katanya pada sidang media penangguhan urus niaga ASB di sini hari ini. - HMetro