Rabu, 2 Ogos 2017

Permohonan Tabika dan Taska Kemas 2018

Permohonan kemasukan anak ke KEMAS adalah dibuka untuk anak-anak yang berusia 5 - 6 tahun. Pemohon perlu mengisi borang permohonan pendaftaran KEMAS yang dikongsikan di bawah ini. Iaitu TABIKA (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) dan TASKA (Taman Asuhan Kanak-Kanak).

Permohonan Kemasukan ke Tabika dan Taska adalah bermula dari bulan Julai hingga November 2017.

Permohonan Tabika dan Taska Kemas 2018

Borang Permohonan Tabika Dan Taska Kemas 2018

Syarat Kemasukan TABIKA 2018

Berikut adalah syarat kemasukan kanak-kanak ke Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) 2018
  1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
  3. Permohonan kemasukan ke Tabika KEMAS tahun 2018 akan dibuka mulai Julai hingga November 2017.
  4. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui portak Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.
  5. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.
  6. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke Tabika KEMAS yang berdekatan.
  7. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Tabika akan mengeluarkan surat jawapan terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
  8. Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan November 2017.

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran :-

  1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  5. Rekod kesihatan kanak-kanak (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan).


Syarat Kemasukan TASKA 2018

Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia sahaja.
  1. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.
  2. Permohonan kemasukan ke Taska PERMATA KEMAS tahun 2018 akan dibuka mulai Jun hingga Oktober 2017.
  3. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui portak Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Taska PERMATA KEMAS.
  4. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).
  5. Nisbah seorang Pemaju Masyarakat adalah 5 – 6 orang kanak-kanak.
  6. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke Taska PERMATA KEMAS yang berdekatan.
  7. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Tabika akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
  8. Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan November 2017.

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran :-

  1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  4. Dua (2) keeping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  5. Rekod kesihatan kanak-kanak (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan).