Khamis, 24 Mei 2018

Drama Doa Ku Mohon lakonan Muntazar Ghufran, Eina Azman dan Sweet Qismina

Drama Doa Ku Mohon yang ditayangkan di Slot Iris TV3 ini akan bersiaran selama 10 episod. Telah memulakan episodnya semalam, 23 Mei 2018, drama ini diarahkan oleh Rusdi Ramli dan skrip hasil ciptaan Maizura Ederis & Ctna Marzuki.

doa ku mohon

Para Pelakon

Muntazar Ghufran, Eina Azman, Sweet Qismina, Syamim Razi, Afzan A. Rahman, Safwan Syafiq, Niena Baharun, Julia Farhana Marin, Neera Azizi, Azira Shafinaz, Hafidz Roshdi, Reen Rahim, Azrel Ismail, Annie Arifin, Sherry Ibrahim, Eyra Hazali, Sharifah Shahora, Syafi Danish Suhaimi, Armand Ezra, Qazem Nor.

Sinopsis Doa Ku Mohon

Mengisahkan Boy, seorang budak gemuk yang pantang melihat makanan. Dia akan makan dengan lahapnya tanpa baca doa. Kasma sudah puas menasihati anaknya. Boy akhirnya menyesal apabila dia terkena keracunan makanan. Sejak itu, Boy akan baca doa makan setiap kali mahu makan. Kakak Boy mengamalkan doa penenang hati untuk menduduki peperiksaan. Hana selalu mengamalkan doa sebelum dan selepas ke tandas. Omar yang enggan baca doa tergelincir ketika masuk ke tandas dan menyebabkan kakinya patah. Sejak itu, Omar berjanji akan mengamalkan doa sebelum dan selepas ke tandas.

Gambar Pelakon

doa ku mohon 2

Jangan lupa tonton drama Doa Ku Mohon yang bersiaran setiap hari Rabu dan Khamis jam 6.30 petang di TV3.