Sabtu, 19 Mei 2018

Drama Patahnya Sebelah Sayap Istimewa Ramadan Raya lakonan Aeril Zafril dan Ummi Nazeera

Drama mini Patahnya Sebelah Sayap Istimewa Ramadan Raya dibawakan khas oleh Nivea. Diterbitan oleh Creative Skill Solution dan arahan pengarah Ayie Mustafa. Skrip hasil tulisan Nieza Nahar. Bakal disiarkan pada 22 Mei ini selama 4 episod pada setiap hari Selasa jam 9.50 malam.

patahnya sebelah sayap istimewa ramadan raya

Para Pelakon

Aeril Zafril, Ummi Nazeera, Alyssa Dezek, Normah Damanhuri.


Sinopsis Patahnya Sebelah Sayap Istimewa Ramadan Raya

Mengisahkan kehidupan Alisha 10 tahun kemudian apabila mendirikan rumah tangga dengan Kuzairi dan dikurniakan anak perempuan, Tasha (Alyssa Dezek) berusia 9 tahun.

Alisha adalah isteri dan ibu yang penyayang selain hebat dan rendah diri. Suatu hari, ketika menghadiri mesyuarat PIBG Tasha, seorang ibu pelajar di sekolah itu mengenali Tasha dan sejarah silamnya.

Dia kemudian memberi amaran kepada anak perempuannya, Hanna untuk menjauhi Tasha. Berita tersebar luas di kalangan murid. Hanna mempengaruhi kawan lain untuk menjauhi Tasha. Tasha merasa dirinya dibuli, terpinggir dan sering menangis sendirian.

Makcik Salbiah (Normah Damanhuri) melihat kejadian itu dan menghiburkan Tasha yang mereka menjadi kawan. Alisha juga setiap malam memperdengarkan Tasha ayat yang penuh kasih sayang dan untuk menjadi seorang yang baik.

Video Teaser