Isnin, 7 Mei 2018

Drama Pelangi Cinta lakonan Mira Filzah, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Aiman, Hairul

Drama Pelangi Cinta merupakan drama pendek bersiri 5 episod yang dibawakan oleh 100 Plus. Bersiaran setiap Isnin jam 10 malam untuk episod pertama dan seterusnya 9.50 malam di TV3. Diarahkan oleh pengarah Isma Yusoof.

drama pelangi cinta

Para Pelakon

Mira Filzah, Hairul Azreen, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Aiman Hakim Redza.

Sinopsis Pelangi Cinta

Mengisahkan tentang Bunga, seorang gadis riang yang amat menggemari dan cinta akan buku. Namun begitu, ibunya merasakan bahawa Bunga patut mencari teman sebagai pelengkap hidup. Bunga pada awalnya tidak mengendahkan soalan lazim, “Bila nak kahwin?”, namun kata-kata ibunya telah merubah persepsi gadis itu. Dapatkah Bunga membawa pulang jodoh ke kampung halaman Raya ini?

Video Teaser