Isnin, 7 Mei 2018

Jumlah Bantuan BR1M 2018 Dan Kategori Baru

Agihan BR1M seterusnya bagi tahun 2018 (Jun dan Ogos) akan dinaikkan sekali ganda. Dan satu kategori baru juga diperkenalkan untuk mereka yang berpendapatan RM4,000 hingga RM5,000. Tapi tu pun kalau BN menang PRU14 la, sebab ini baru manifesto.

Jumlah Bantuan BR1M 2018 Dan Kategori Baru

  1. Jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 bayaran untuk Jun dan Ogos 2018 akan dinaikkan kepada semua penerima bantuan sedia ada manakala tambahan satu lagi kategori baru penerima akan diperkenalkan.
  2. Bantuan untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah pada Jun dan Ogos 2018 akan dinaikkan masing-masing kepada RM800 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM2,000.
  3. Isi rumah berpendapatan di antara RM3,000 hingga RM4,000, pembayaran BR1M pada Jun serta Ogos 2018 akan dinaikkan masing-masing kepada RM600 menjadikan jumlah pemberian BR1M meningkat dari RM900 kepada RM1,500.
  4. Untuk individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah, BR1M yang dibayar RM450 pada Februari 2018 akan ditambah RM150 menjadi RM600.
  5. Kategori baharu yang diperkenalkan adalah isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan. Penerima akan menerima bayaran berjumlah RM700 yang dibayar pada Jun dan Ogos 2018 (RM350 untuk setiap bayaran).
  6. Bayaran secara one-off sebanyak RM1,500 kepada anak-anak penerima BR1M yang berjaya mendaftar di institusi pengajian tinggi.


Jumlah Bantuan BR1M 2018 Dan Kategori Baru