Khamis, 12 Julai 2018

France Juara Fifa World Cup Russia 2018

world cup 2018 pasukan kalah mati

Perlawanan Akhir World Cup 2018
  • France (4) Vs (2) Croatia (Ahad, 15/7/2018, 11pm)


Perlawanan Tempat Ketiga World Cup 2018
  • Belgium (2) Vs (0) England (Sabtu, 14/7/2018, 10pm)

Pasukan Ke Pusingan Separuh Akhir World Cup 2018
  • France (1) Vs (0) Belgium (Rabu, 11/7/2018, 2am)
  • England (1) Vs (2) Croatia (Khamis, 12/7/2018, 2am)

Jadual Pusingan Suku Akhir World Cup 2018
  • Uruguay (0) Vs (2) France (Jumaat, 6/7/2018, 10pm)
  • Belgium (2) Vs (1) Brazil (Sabtu, 7/7/2018, 2am)
  • Sweeden Vs England (Sabtu, 7/7/2018, 10pm)
  • Croatia Vs Russia (Ahad, 8/7/2018, 2am)

Jadual Pusingan Kalah Mati World Cup 2018
  • France (4) Vs (3) Argentina (Jumaat, 29/6/2018, 2am)
  • Uruguay (2) Vs (1) Portugal (Ahad, 1/7/2018, 2am)
  • Spain (1)(3) Vs (1)(4) Russia (Ahad, 1/7/2018, 10pm)
  • Croatia (1)(3) Vs (1)(2) Denmark (Isnin, 2/7/2018, 2am)
  • Brazil (2) Vs (0) Mexico (Isnin, 2/7/2018, 10pm)
  • Belgium (3) Vs (2) Japan (Selasa, 3/7/2018, 2am)
  • Sweden (1) Vs (0) Switzerland (Selasa, 3/7/2018, 10pm)
  • Colombia (1)(3) Vs (1)(4)England (Rabu, 4/7/2018, 2am)

Group A
Uruguay
Russia
Group B
Spain
Portugal
Group C
France
Denmark
Group D
Croatia
Argentina
Group E
Brazil
Serbia
Group F
Mexico
Sweden
Group G
England
Belgium
Group H
Colombia
Japan

World Cup 2018. Perancis menjuarai Piala Dunia buat kali kedua selepas menundukkan Croatia 4-2 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan di Stadium Luzhniki, sebentar tadi.

Keputusan itu turut menyaksikan Perancis menamatkan impian Croatia untuk menjulang trofi Piala Dunia buat julung-julung kalinya.

Perancis mendahului 1-0 pada babak pertama hasil jaringan sendiri Mario Mandzukic sebelum Ivan Perisic menyamakan kedudukan buat Croatia yang mara buat kali pertama ke final.

Antoine Griezmann bagaimanapun kembali meletakkan Perancis di depan apabila menyudahkan sepakan penalti yang diberikan selepas pengadil melihat semula insiden di dalam kotak penalti menerusi video bantuan pengadil (VAR).

Jaringan pantas Paul Pogba dan Kylian Mbappe pada pertengahan babak kedua seakan sudah meletakkan kejuaraan bersama Perancis.

Namun, Mandzukic mengembalikan aksi yang mendebarkan dalam tempoh 20 minit terakhir apabila merapatkan kedudukan selepas meledak gol kedua hasil kesilapan yang dilakukan penjaga gol Perancis, Hugo Lloris.

Perancis bagaimanapun berjaya mengekang asakan bertali arus Croatia hingga tamat permainan untuk menjulang trofi buat kali kedua selepas kejayaan mereka di tempat sendiri, 20 tahun yang lalu.

“Ia memang manis. Ia menakjubkan. Kami tidak beraksi dengan cukup cemerlang tetapi kami mempamerkan kualiti mental yang cukup kuat,”

“Kami juga menjaringkan empat gol. Kami layak menerimanya. Saya sangat gembira dengan pasukan ini.

“Kami sudah melangkah cukup jauh dan ia bukannya mudah, terima kasih kepada kerja kuat dan kini mereka berapa di puncak dunia sehingga empat tahun akan datang,” kata Jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

Sementara itu, Griezman pula hilang kata-kata selepas pasukannya dinobatkan selaku juara Piala Dunia.

“Saya tidak tahu di mana saya berada, ia memang hebat....sangat gembira. Ia perlawanan yang sukar. Croatia mempamerkan aksi yang baik.

“Kami bermula dengan agak perlahan. Kami tahu, ini adalah final Piala Dunia. Kami menguasai perlawanan menerusi serangan pantas, kami berjaya meraih kelainan dan kejayaan. Kami tidak sabar membawa pulang piala ini ke Perancis,”