Ahad, 14 April 2019

Drama Di Sisimu Aku lakonan Eyka Farhana dan Nafiez Zaidi

Saksikan drama Di Sisimu Aku pada setiap hari Jumaat jam 6 petang di saluran Salam HD, Unifi TV. Merupakan drama adaptasi novel karya Fatin Nabila.

Drama Di Sisimu Aku

Drama ini bersiaran selama 13 episod, diarahkan oleh Khalid Nadzri dan syarikat produksi A.Aida Production Sdn Bhd.

Para Pelakon

Eyka Farhana, Nafiez Zaidi, Natasha Mahyan, Raja Hakim, Dilla Ahmad, Badrul Muhayat, Azlan Mokhtar, Syed Ali Murtadha, Puteri Rafasya.


Lagu Tema / OST

Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip

Sinopsis Di Sisimu Aku lakonan

Sejak kecil Aman dan Qeena rapat ibarat kawan baik. Namun kemunculan Zeyra menggugat kemesraan mereka. Aman bagai terlupakan Qeena dek pesona kecantikan Zeyra.

Hati Qeena hangus terbakar. Akhirnya, dia mengalah dan pergi membawa diri. Dia rela dibenci, dia juga sanggup disalah erti.

Aman tercari-cari bayangan Qeena. Dulu ada di depan mata, gadis itu sering disakiti. Kini bila hilang, dia nanar sendiri. Tapi Aman ego!

Dia tidak berusaha untuk mencari. Padanya, biar masa yang menentukan, Zeyra atau Qeena yang jadi miliknya! Tapi, jauh di sudut hatinya ada ruang kosong yang tertinggal.

Pertemuan kedua dengan Aman terjadi tanpa dipinta. Ada rindu dan benci yang cuba Qeena rungkaikan. Namun, dendam dan amarah Zeyra melukakan hatinya sekali lagi.

Kalau benar Aman milik Zeyra, biarlah dia terima lelaki lain sebagai pengganti biarpun tanpa rasa cinta.

Gambar Pelakon

Drama Di Sisimu Aku

Ikuti kesudahan drama Di Sisimu Aku di saluran Salam HD, Unifi TV, setiap Jumaat 6 petang.