Jumaat, 16 Ogos 2019

Filem Wangi lakonan Erra Fazira, Nabila Huda dan Sharnaaz Ahmad

Bergenre seram, filem Wangi akan di pawagam pada 5 September 2019. Arahan sutradara Mohd Latff Zami ini merupakan terbitan produksi Resilience Studio.

Filem Wangi

Para Pelakon

Erra Fazira, Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad, Mia Nasir, Syazwan Zulkifly, Nik Adam Mika, Ruminah Sidek.



Sinopsis Filem Wangi

Filem Wangi menceritakan tentang Nor (Erra Fazira) yang baru pulang ke rumah setelah melahirkan cahaya mata kedua. Dia dan suaminya, Khuzairi (Sharnaaz Ahmad) memiliki seorang anak lelaki istimewa berusia tujuh tahun. Sepanjang dalam tempoh berpantang, Nor telah dijaga oleh ibunya.

Dalam pada itu, Nor juga menyedari ketiadaan pembantu rumah dan merangkap adik angkatnya, Bella (Nabila Huda). Khuzairi memberitahu bahawa Bella telah berhenti dan pulang ke Amsterdam dengan alasan berkahwin dengan kekasihnya iaitu .... (Syazwan Zulkifli).

Bagaimanapun, Nor berasa pelik memandangkan Bella tak pernah bercerita tentang perkahwinan dan bermulalah misteri tentang kehilangan Bella serta kejadian-kejadian pelik yang berlaku ke atas dia dan keluarganya.