Drama hindustan terbaru bertajuk Koi Laut Ke Aaya Hai yang bermaksud Seseorang Telah Kembali ini bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4 petang di slot Sonia TV3. Menggantikan drama Chandra Nandini berakhir semalam, psst ending tak best langsung.
Sinopsis Koi Laut Ke Aaya Hai
Drama ini berkisar mengenai keluarga Shekhari Rajput - saudara buta, Rishabh Singh Shekhari (Sharad Kelkar) dan adik perempuannya, Gitanjali Singh Shekhari (Surbhi Jyoti).Cerita ini bermula dengan kisah cinta Gitanjali dan Kapten Abhimanyu Singh Rathore (Shoaib Ibrahim), seorang pegawai tentera. Walaupun ditolak oleh Rishabh, Gitanjali tetap juga mahu berkahwin dengan Abhimanyu.
Ini menimbulkan kemarahan Rishabh tetapi lama kelamaan dia kemudiannya menerima mereka.