Jumaat, 25 September 2020

Filem Kelaster lakonan Nora Danish, Azhan Rani dan Achey

Tonton filem seram komedi berjudul Kelaster yang ditayangkan di Asro First saluran 480, mulai 24 September 2020. Telefilem ini diarahkan oleh Razif Ajiboy Rashid, skrip nukilan Razif Ajiboy Rashid dan terbitan produksi D Alpha Legacy (M) Sdn Bhd.

Para Pelakon

Nora Danish, Azhan Rani, Achey, Meerqeen, Amyza Aznan dan ramai lagi.



Sinopsis Filem Kelaster

Kelaster adalah sebuah kisah seram tentang bagaimana tiga orang pelajar yang terperangkap di kolej kediaman selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Dua pelajar lelaki Usop dan Zul terpaksa menemani Ain, yang bersendirian sehingga terpaksa mencari bantuan di asrama lelaki. Tragedi pelik mula berlaku apabila mereka cuba mendapatkan bantuan untuk Ain.

Keadaan bertambah rumit selepas Usop dan Zul berkongsi kisah mengenai gangguan hantu serta makhluk halus yang pernah mereka lalui. Tiba giliran Ain untuk kongsikan pengalamannya, Ain terus menghilangkan diri.

Usop dan Zul segera mencari Ain dan ketika di temui, Ain sedang berada di dalam Bas berdekatan dengan Kolej mereka. Di situlah segala misteri dan rahsia gangguan yang mereka bertiga alami terungkai.

Gambar Pelakon