Saksikan drama adaptasi dari novel Marry Me Senorita karya Suri Ryana
yang akan ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria. Bersiaran 20 episod drama ini
diarahkan bersama oleh Michael Ang dan Nur Ain Sharif, terbitan produksi Juita
Viden Sdn Bhd.
Para Pelakon
Janna Nick , Dini Schatzmann, Yasmin Hani, Dato Jalaludin Hassan, Fadilah
Mansor, Shaza Bae, Siti Khadijah Halim, Natasha Elyzza, Asha Merican.
Watak Lakonan
Janna Nick sebagai Isa Alejandro
Dini Schatzmann sebagai Sofiy Leia
Yasmin Hani sebagai Engku Marini
Dato Jalaludin Hassan sebagai Engku Aziz
Fadilah Mansor sebagai Engku Zaharah
Shaza Bae sebagai Rosa Arabella
Siti Khadijah Halim sebagai Tina
Natasha Elyzza sebagai Shelli
Asha Merican sebagai Idora
Dini Schatzmann sebagai Sofiy Leia
Yasmin Hani sebagai Engku Marini
Dato Jalaludin Hassan sebagai Engku Aziz
Fadilah Mansor sebagai Engku Zaharah
Shaza Bae sebagai Rosa Arabella
Siti Khadijah Halim sebagai Tina
Natasha Elyzza sebagai Shelli
Asha Merican sebagai Idora
Sinopsis Drama Marry Me Senorita
“Marry me, senorita.” - Isa Alejandro.
Tak habis-habis lelaki kacukan Sepanyol itu melamar Sofiy Leia sehingga gadis
itu kusut dan serabut dibuatnya! Takkanlah nak terima lamaran lelaki yang baru
dikenalinya tak sampai seminggu itu? Sudahlah lepas laku. Pengetahuan agama
lelaki itu pulak boleh dikatakan zero!
Atuk dan nenda pun susah nak percaya yang cucu mereka mahu memilih gadis
Muslimah seperti Sofiy sebagai bakal isteri.
“Lain pulak taste dia kali ni, abang….” - Engku Zaharah.
“Boleh percaya ke cucu bertuah awak tu nak kahwin dengan gadis begini?” -
Engku Aziz.
Isa Alejandro hadir saat Sofiy Leia tidak mempunyai siapa-siapa dan berada
dalam bahaya.
“Tak ke awak rasa pernikahan ini tak akan diberkati? Satu masa nanti awak akan
tinggalkan saya, kan? Sebab awak tak cintakan saya. Perkahwinan sepatutnya
menjadi satu ibadah. Kita harus ikhlas bernikah kerana Allah.” - Sofiy Leia.
“Berkat? Well, terus terang aku tak arif tentang itu. What I know, we’ll make
a good pair and this is a win-win situation. Kau tolong aku dan aku tolong
kau.” - Isa Alejandro.
Terpaksa atau rela? Itu bukan soalnya. Persoalannya sekarang, dapatkah
perkahwinan ini bertahan sehingga ke akhirnya? Sudahlah mereka berasal dari
dunia yang yang terlalu jauh berbeza. Si perempuan Sepanyol celup, Rosa
Arabella a.k.a Rosmina Sukardi pun turut sama menagih cinta Isa Alejandro.
Belum lagi bercakap tentang mama dan papa Isa Alejandro yang sukakan pelakon
‘sendu’ tu.
Dalam kekusutan, ada gelora cinta yang semakin membahang. Namun, bahagianya
cuma sementara. Badai yang melanda memisahkan dua jiwa yang sedang asyik
dilamun asmara.
Namun, benarkah apa yang telah ditakdirkan untuk kita, akan tetap menjadi
milik kita akhirnya?
“Now pandang sini dan bagitau abang yang Sofiy tak cintakan abang.” - Isa
Alejandro.
“Benarlah garis waktu tak akan mampu menghapuskan rasa itu.” - Sofiy Leia.
Masihkah ada harapan untuk cinta mereka mekar semula?