Saksikan drama istimewa sempena Ramadan ini bertajuk
Bila Syaitan Berbisik yang mula ditayangkan pada 12 April selama 18
episod. Bersiaran Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di Astro Ria, juga stream di
Astro Go dan Ultra Box.
Drama bersiri yang bakal mengganggu emosi dan logik akal, sarat dengan
pengajaran. Pastikan anda menonton karya terbaru pengarah hebat drama air mata,
Rashid Sibir, menemui anda bulan sepanjang Ramadan ini.
Episod 1
- Sara meminta bantuan Naen dan Dhia untuk menyelamatkan anak angkatnya yang
dipercayai didera oleh ibu kandung dan ayah tirinya Tanpa sedar, permintaan Sara
telah meletakkan anak angkatnya di dalam bahaya
Episod 2
- Seorang ibu miskin telah ditahan oleh tuan kedai kerana mencuri ubat untuk
anaknya yang sakit dan diminta membayar ganti rugi jika mahu dilepaskan. Dhia
tidak bersetuju bila Naen mahu membantu wanita itu.
Episod 3
- Naen hampir terlanggar seorang ibu tua ketika memandu pulang. Ibu tua itu
dibuang di tepi jalan oleh anaknya. Naen dan Dhia bersemuka dengan anak wanita
tua itu dan mengaku terpaksa membuang ibunya.
Episod 4
- Nina, seorang remaja yang masih bersekolah, sangat aktif membuat video-video
ghairah di sosial media walaupun ditentang oleh ibubapanya. Malangnya populariti
yang diraih Nina juga menjadi punca dia dirogol
Episod 5
- Naen dan Dhia cuba membantu menempatkan Alina dan adiknya di Jabatan Kebajikan
Masyarakat apabila mereka tahu ibubapanya adalah penagih dadah tetapi Alina
tidak setuju kerana takut terpisah dengan adiknya
Para Pelakon
Lah Ahmad, Azar Azmi, Kamal Adli, Uyaina Arshad, Adlin Aman Ramlie, Zarina Zainuddin, Norlia Ghani, Liza Abdullah, Syafnida Shuhaimi, Hamidah Wahab, Mustaqim Bahadon, Natasha Hudson.Sinopsis Drama Bila Syaitan Berbisik
Diinspirasikan daripada kisah benar, ikuti perjalanan Naen dan Dhia membantu mangsa yang terlibat dalam kes-kes jenayah dalam agama, jenayah seks dan penderaan domestik.Episod 6 - Setelah bertahun dipukul oleh suaminya Hamdan, seorang kaki
judi online, Lina meminta bantuan Naen dan Dhia kerana dia mahu bercerai
dengan Hamdan.
Episod 7 - Badrol mendapat tempahan besar untuk bisnes nasi ayamnya tetapi tidak mempunyai modal yang cukup. Naen dengan berat hati meminjamkan wangnya.
Episod 8 - Adila, pelakon popular tanah air yang juga rakan Dhia, ingin menuntut cerai daripada suaminya Malik, yang berkahwin dua.
Episod 9 - Shasha memberitahu Naen dan Dhia yng dia telah lari dari rumah kerana tidak tahan lagi dirogol oleh ayahnya, Osman.
Episod 10 - Keadaan Zana kini tidak stabil kerana penat menjaga anaknya berseorangan. Persoalanny kenapa Zana ingin membunuh Rossa?
Episod 11 - Wan dan Sue terlibat dalam ajaran sesat dan percaya bahawa anak kecil mereka adalah tiket untuk mereka ke syurga tetapi anak itu perlu "dihantar" dulu ke sana.
Episod 12 - Naen dan Dhia risau kesihatan mental Mak Ngah yang tidak stabil akan menyebabkan dia cuba untuk membunuh diri.
Episod 13 - Suraya mendapatkan nasihat Dhia dan Naen dan setelah diperiksa, terdapat tanda yang Ros dicabul secara seksual.
Episod 14 - Kerana selisih faham, Mak Som dan anaknya Imam tidak lagi berhubungan. Walaupun ketika sakit, Imam langsung tidak pedulikan ibunya sedangkan dia hanya tinggal berdekatan.
Episod 15 - Aida hidup mewah "dibela" oleh seorang lelaki berpangkat Datuk. Tetapi dia mula cemburu apabila Datuk tersebut ada hubungan dengan rakan baiknya. Beberapa hari kemudian, rakan Aida ditemui mati dibunuh.
Episod 16 - Yus adalah seorang graduan daripada universiti tempatan yang masih menganggur. Kerana terdesak perlukan wang untuk menjaga datuknya, Pak Ali, Yus mula terlibat dengan judi.
Episod 17 - Sam terpaksa mengedar dadah untuk menampung kos rawatan ayahnya yang menghidap barah. Untuk mengelakkan Sam terus terlibat dengan jenayah.
Episod 18 - Anny dan Tim, baru pulang dari luar Negara, hendak mengembangkan empayar bisnes dan melantik Naen dan Dhia sebagai rakan kongsi. Naen meminjamkan duitnya dan akhirnya Anny dan Tim menghilangkan diri.