Isnin, 9 Julai 2018

Filem PASKAL lakonan Hairul Azreen dan Ammar Alfian

Filem PASKAL arahan Adrien Teh ini bakal menemui peminat sinema Malaysia 27 September 2018 ini.

filem paskal 27 september

Pelakon dalam filem PASKAL

  • Hairul Azreen
  • Datuk Eizlan Yusof
  • Ammar Alfian
  • Henley Hii
  • Taufiq Hanafi
  • Gambit Saifullah
  • Hafizul Kamal
  • Theebaan G
  • Jasmine Suraya Chin

Filem Paskal berdasarkan kejayaan pasukan elit itu dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bung Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Video Trailer


Filem arahan Adrian Tan itu menelan bajet RM10 juta dan penggambaran bermula bulan ini.

Antara lokasi penggambaran adalah di Lumut, Perak, Semporna, Sabah dan Mahgribi.

Biarpun filem Paskal mengisahkan kejadian sebenar, Adrian menyelitkan elemen drama bagi memastikan plot cerita lebih menarik.

“Bagi saya setiap filem perlu ada cerita. Dalam Paskal turut diketengahkan kisah persahabatan dan dendam.

“Namun, saya akan pastikan setiap fakta dua misi itu tepat,” katanya.

Mengenai perbelanjaan besar pembikinan filem Paskal, Adrian menjelaskan jumlah itu membabitkan kos kesan khas komputer, senjata, penggambaran di lokasi lebih baik bagi hasil yang berkualiti.

Poster Pelakon Filem PASKAL