Selasa, 1 Jun 2021

Drama Semanis Senyumanmu lakonan Aiman Hakim dan Daiyan Trisha di Disney+ Hotstar

Drama Semanis Senyumanmu
Saksikan drama 16 episod, Semanis Senyumanmu  akan ditayangkan pada 1 Jun 2021 di Disney+ Hotstar. Drama terbitan Parallax Pictures, skrip Nur Hussein dan arahan Faizul Jais.

Para Pelakon

Aiman Hakim, Daiyan Trisha, Shyrim Husni, Shekeen Waida, Adib Azlan, Mia Deen, Zoul Muhammad, Thaqif, Adib Fikri, Afif Mikhail


Watak Lakonan

Aiman Hakim sebagai Chef Azim
Daiyan Trisha sebagai Azra
Shyrim Husni sebagai Naufal
Shekeen Waida sebagai Azreen
Adib Azlan sebagai Fariz
Mia Deen sebagai Nisa
Zoul Muhammad sebagai Chef Jamal
Thaqif sebagai Chef Ali
Adib Fikri sebagai Chef Fik

Sinopsis Drama Semanis Senyumanmu

Kisah dua individu yang bertemu dalam minat industri ‘F&B’ yang sama mencipta hubungan yang istimewa disebalik pelbagai drama. 

Episod 1 - Azim tertekan bekerja di Restoran Sedap. Azra dan Iman mengunjungi restoran itu untuk pertama kali.

Episod 2 - Anak buah Azim, Nisa, asyik memuji kelazatan pastri Azra. Azim mencabar diri untuk membuat pastri yang setanding kualitinya.

Episod 3 - Selepas meninggalkan Restoran Sedap, sepupu Azim mencadangkan dia membuka bisnes katering sendiri. Azim dengan berat hatinya bersetuju.

Episod 4 - Azreen, kakak Azim menghidangkan roti dari bakeri Azra. Azim kagum dengan keenakan roti itu tanpa menyedari roti itu dari kedai Azra.

Episod 5 - Joe, bekas kekasih Azra, muncul di kedai. Situasi itu membuat Azim berkecil hati tetapi dia cuma memendam rasa.