Saksikan drama bersiri 13 episod bertajuk Ayahanda yang diadaptasi dari novel
karya Allahyarham Azizi Hj Abdullah di slot Lestary TV3. Mula bersiaran pada 10
Julai 2021, Rabu hingga Sabtu jam 9 malam.
Terbitan Zeel Production Sdn Bhd, arahan Dato Ahmad Tamimi Siregar dan skrip
Maizura Mohd Ederis, Wan Mahani Wan Hassan.
Fauziah Ahmad Daud sebagai Hajah Noriah
Fikry Ibrahim sebagai Aziz
Noorkhiriah sebagai Halimah
Shahz Jaszle sebagai Ramli
Hairi Safwan sebagai Ahmad
Sherry Ibrahim sebagai Aishah
Rita Nadira sebagai Mazni
Mimi Ernida sebagai Rahayu
Sobri Anuar sebagai Mat Diah
Nurmiziana Rosli sebagai Piah
Anuar Hamizan sebagai Usin
Penyanyi : Dato’ Awie
Komposer & Penulis Lirik : Ikhwan Fatana, Wan Salleh, Fedtri Yahya
Haji Abdullah dilihat sebagai seorang imam tua yang degil dan mahu
mempertahankan semua jawatannya di masjid kampungnya. Walaupun Haji Abdullah
sudah tidak diterima oleh masyarakat kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang
dianggap lapuk tetapi beliau tetap melunaskan tanggungjawabnya. Hanya Hajah
Noriah yang masih setia dan sentiasa memberikan sokongan padu kepada suaminya.
Di kampung, seorang imam baharu telah dilantik iaitu Ustaz Hamidi, 20-an dan
lulusan Al-Azhar, Mesir. Jemaah pun semakin ramai di masjid. Haji Abdullah
tercabar dan tetap mahu menjadi imam.
Haji Abdullah dan Hajah Noriah mempunyai 4 orang anak iaitu Halimah
(Noorkhiriah), Ramli (Shahz Jaszle), Ahmad (Hairi Safwan) dan Aziz (Fikry
Ibrahim). Halimah, anak sulung yang tinggal di belakang rumah Haji sering
diharapkan oleh adik-beradiknya untuk menjaga ibu bapa mereka. Halimah juga
terpaksa bersabar dengan perangai suaminya, Mat Diah (Sobri Anuar) yang terlalu
taksub dengan pertandingan suara burung.
Ramli, anak kedua Haji Abdullah pula sibuk berulang-alik menghantar Piah
(Nurmiziana Rosli), isterinya ke kampung asalnya kerana emaknya sakit. Manakala,
Ahmad, anak ketiga yang mahu menambah pendapatan dengan mengusahakan kebun sayur
di kaki bukit. Isteri Ahmad, Hasnah, telah meninggal dunia bersama anak
ketiganya semasa bersalin. Hajah Noriah dan Halimah sentiasa cuba mencarikan
jodoh baharu untuk Ahmad tetapi Ahmad belum bersedia.
Aziz, anak bongsu Haji Abdullah bekerja sebagai juru teknik di sebuah kilang dan
minat penulisan. Isterinya, Mazni (Rita Nadira) lebih mementingkan kesenangan
diri dan mula mengambil kesempatan atas kesibukan suaminya yang mahu menjaga
orang tuanya, anak mereka dan juga menyiapkan penulisannya.
Haji Abdullah mahukan sokongan anak-anaknya untuk dia meneruskan tanggung
jawabnya sebagai imam, namun semua anak-anaknya tidak berpihak kepadanya
membuatkan Haji Abdullah terasa hati. Aziz yang menjadi harapan Haji Abdullah
juga menentang hasrat ayahnya lebih-lebih lagi hubungan mereka pernah terpalit
dengan sejarah lampau yang merenggangkan hubungan mereka berdua. Sikap degil dan
ego Hj Abdullah menyebabkan dirinya dilanda sepi dan tiada siapa yang peduli.
Terleraikah kesepian hati seorang ayah dan dapatkan anak-anaknya memahaminya?
Dapatkah anak-anak Haji Abdullah menebus kelemahan mereka yang sudah mengabaikan
hati seorang ayah? Mengertikan mereka tentang pengorbanan seorang ayah?
Para Pelakon
Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Shahz Jaszle, Noorkhiriah, Hairi Safwan, Sherry Ibrahim, Rita Nadira, Mimi Ernida, Anuar Hamizan, Sobri Anuar, Nurmiziana RosliWatak Lakonan
Jalil Hamid sebagai Haji Abdullah (Tok Imam)Fauziah Ahmad Daud sebagai Hajah Noriah
Fikry Ibrahim sebagai Aziz
Noorkhiriah sebagai Halimah
Shahz Jaszle sebagai Ramli
Hairi Safwan sebagai Ahmad
Sherry Ibrahim sebagai Aishah
Rita Nadira sebagai Mazni
Mimi Ernida sebagai Rahayu
Sobri Anuar sebagai Mat Diah
Nurmiziana Rosli sebagai Piah
Anuar Hamizan sebagai Usin
Lagu Tema
Lagu : Coretan PiluPenyanyi : Dato’ Awie
Komposer & Penulis Lirik : Ikhwan Fatana, Wan Salleh, Fedtri Yahya