Isnin, 27 September 2021

Filem Serigala Langit lakonan Deva Mahenra dan Bunga Jelitha


Tonton filem Serigala Langit ditayangkan di Astro First bermula 25 September 2021. Sebuah filem aksi Indonesia arahan Reka Wijaya dengan kerjasama Emotion Entertainment dan TNI AU (Tentara Nasional Indonesia Angkata Udara).

Para Pelakon

Deva Mahenra, Bunga Jelitha, Anya Geraldine, Randy Pangalila, Yoshi Sudarso, Donny Damara, Dede Yusuf, Wanda Hamidah, Sekar dan Prabu Revolusi.


Sinopsis Filem Serigala Langit

Mengisahkan Gading Baskara, seorang juruterbang udara di Skuad 10-Serigala Langit. Dia merupakan seorang pelajar terbaik di Akademi Angkatan Udara. 

Sebagai seorang pelajar terbaik, dia mula menjadi sombong dan sering menganggap remeh setiap tugasan yang diberikan oleh atasannya. Akan tetapi, di sebalik kesombongannya, dia menyimpan satu rahsia.

Gading Baskara ditugaskan untuk menjaga seorang ejen. Bagaimanapun, tugas itu sulit kerana dia berdepan dengan serangan pihak penjenayah yang mempunyai muslihat sendiri.

This Is The Newest Post