Jumaat, 17 Ogos 2018

Drama Cik Reen & Encik Ngokngek lakonan Farah Nabila dan Fikry Ibrahim

Drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek akan ditayangkan di Slot Megadrama Astro Ria dijangka pada bulan Oktober nanti. Merupakan adaptasi novel karya Maya Adira. Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan arahan pengarah Hadith Omar.

drama cik reen encik ngok ngek

Para Pelakon

Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania, Nik Adam Mika, Raja Azmi.


Sinopsis Cik Reen & Encik Ngok Ngek

Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Bagi menutup malu, keluarga mereka mencadangkan Azreen (kakak Izyan) dan Harris (abang Iqram) untuk berkahwin bagi menggantikan majlis tersebut.

Selepas berkahwin, mereka membuat keputusan untuk mencari Izyan dan Iqran. Kedua mereka berhasrat untuk berpisah sekiranya berjaya membawa Izyan dan Iqram pulang. Bagi Azreen cinta tidak boleh dipasak dan mengetahui Harris pula sudah ada teman hati yang didambakan iaitu Zaza. Sepanjang pengembaran mereka, Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak.

Gambar Pelakon

pelakon cik reen encik ngok ngek