Isnin, 14 Jun 2021

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa lakonan Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa
Saksikan drama adaptasi novel Rindu Awak Separuh Nyawa karya Siti Rosmizah yang akan ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 23 Mac 2021. Drama bersiri 40 episod ini diarahkan oleh Jamal Khan dan Along Kamaludin, terbitan SR One Sdn Bhd.

Para Pelakon

Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Fizo Omar, Marsha Milan, Khairil Anwar Aman, Aida Khalida, Noorkhiriah, Balkisyh Semundur Khan, Ikhlas Jalil, Norreen Iman, Fiza Thomas, Munira Iwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Farouk Hussain, Farez Ridzwan, Fareez Fauzi, Silfeny Osman, Puteri Rafasya.


Promo Episod Terakhir

Sinopsis
Episod 43 - Huda mengugut Mak Su Esah supaya tidak memberitahu Umi dan Nazril kerana dia tahu Umi takkan percaya kata-kata Esah. Disudut hati Nazril masih percaya Maisara masih hidup dan tidak akan putusasa mencarinya

Episod 44 - Qistina mendapat tahu bahawa Maisara masih hidup dan paksa Aidil untuk beritahu lokasi Maisara berada. Nazril merayu-rayu meminta maaf dekat Maisara dan menyesal dengan perbuatan dia sebelum ini.

Episod 45 - Qistina cuba memujuk Maisara untuk maafkan Nazril tetapi Maisara tetap dengan pendirian dia. Maisara kini memilih Aidil sebagai pasangan hidupnya kerana Aidil lebih menghargainya daripada Nazril.

Episod 46 - Nazril beli rumah sewa mereka untuk Maisara terus tinggal dirumah itu. Maisara dapat tahu tentang itu dan buat keputusan untuk keluar dari rumah itu. Nurul Huda juga menyesal dengan perbuatan dia.

Episod 47 - Nazril tetap tidak putus asa dan cuba untuk memikat kembali hati Maisara. Nazril makan rendang yang Maisara masak, beli buah durian, masakkan bubur durian. Nazril cuba tebus kesalahannya yang dulu.

Watak Lakonan

Shukri Yahaya sebagai Nazril Nazim
Uqasha Senrose sebagai Kasih Maisara
Fizo Omar sebagai Aidil
Marsha Milan sebagai Nurul Huda
Khairil Anwar Aman sebagai Datuk Raqib
Aida Khalida sebagai Puan Norida
Ikhlas Jalil sebagai Izudin
Norreen Iman sebagai Qistina
Fiza Thomas sebagai Sally
Fauzi Nawawi sebagai Kasim
Aleza Shadan sebagai Esah

Sinopsis Rindu Awak Separuh Nyawa

Mengisahkan anak tunggal dalam keluarga berada, iaitu Kasih Maisara yang memiliki sikap angkuh dan sombong serta berdendam dengan ayahnya, Datuk Raqib atas kematian ibunya sehingga menjadikan anak rakan baik orang tuanya, Aidil, sebagai kambing hitam untuk melepaskan dendamnya.

Maisara berpura-pura menyukai Aidil tetapi apabila tiba majlis pertunangan, gadis itu membatalkannya sehingga mengecewakan lelaki berkenaan. Namun, Aidil yang kecewa masih menyimpan perasaan demi kasihnya berkenaan.

Pada masa sama, Qistina satu-satunya kawan yang bertahan dengan Maisara, mengambil kesempatan di atas kekayaan itu untuk kepentingan diri tetapi pertemuan tanpa diduga dengan Nazril Nazim, membuka tirai baharu dalam hidup.

Nazril Nazim mendapat jolokan 'Pak Ustaz' atas sifat budiman dan pemalu itu, mengalami insiden yang menemukannya dengan Maisara hingga mencetuskan perang mulut, lalu mencabar keegoan gadis berkenaan.

Insiden itu membawa kepada peristiwa dramatik apabila Maisara dicabar oleh musuhnya, Salina bersama rakan-rakannya untuk memikat dan mengahwini Nazril Nazim.

Lantas segala usaha memikat diatur. Namun semuanya tidak mampu menawan hati Nazril. Kemuncaknya, Kasih Maisara menyelamatkan Nazril Nazim dari dilanggar dan dia mengalami kecelakaan. 

Bila mengetahui Kasih Maisara tidak dapat mengandung kesan kemalangan itu, Nazril Nazim terus mengambil keputusan untuk memperisterikan Kasih Maisara dengan tulus ikhlas sebaliknya Kasih Maisarah hanya berpura-pura.