Tips Sebelum Balik Kampung Musim Raya dan Cuti Panjang. Wah seronoknya nak balik kampung! Tak sabar nak jumpa orang tersayang. Suasana raya di kampung semakin menggamit diri. Segala persiapan balik kampung sudah pun hampir selesai.
Lagu-lagu raya sudah pun di downoad ke dalam thumb drive untuk menambah kemeriahan hari raya sepanjang perjalanan pulang ke kampung. Tapi sudahkah kita double check apa yang penting sebelum kita balik kampung? Jom kita baca tips sebelum balik kampung dan cuti panjang ini. Semoga ia memberi manfaat untuk kita semua.
- Tutup punca kuasa elektrik Perkara paling penting sebelum kita keluar rumah. Tolong periksa semua plug dan pastikan kita tutup dan cabut plug dari soketnya. Jika kita balik kampung untuk seminggu dan anda water heater/boiler kat umah, sila offkan dulu boiler tu. Takut nanti air di dalamnya kering dan 'meletup'. Jangan kita berputih mata dapat tahu rumah kita terbakar nanti.
- Cabut Kepala Tong Gas Bagi yang memasak guna gas silinder, ini merupakan langkah pencegahan kebakaran yang perlu dilakukan. Tutup kepala tong gas silinder. Jangan dibiarkan injap gas terbuka kerana risiko berlaku kebocoran gas adalah tinggi. Malang tidak berbau.
- Kosongkan Air Kolah Kalau rumah ada kolah kecik dalam bilik air, sebolehnya kosongkan dulu. Kalau ada penutup kolah, itu lagi bagus. Pastikan segala tempat yang ada takungan air di dalam rumah dan di luar rumah dibersihkan dan dikeringkan. Jangan jadikan diri kita usahawan penternak nyamuk aedes pula.
- Simpan Barangan Berharga di Tempat Selamat Ni dekat nak raya ni, penyamun perompak pakat dok intai umah kita nak buat 'kenduri'. Tentu sekali kita tak mahu rumah kita jadi tempat 'kenduri' pencuri kan. Jadi, simpan barangan berharga di tempat yang selamat. Jangan dibiarkan di ruang tamu kerana kecuaian sebegini akan memudahkan 'projek' pencuri tersebut.
- Kunci Semua Pintu dan Gril Yang ni pasti kebanyakan kita tak akan gagal lakukan. Tapi, pintu bilik kunci tak? Memang lecehla kan nak kunci semua pintu bilik. Betul tak? Demi keselamatan takkan takleh buat kot? Mencegah lebih baik dari mengubati guys! Kuncilah semua pintu di rumah kita.
- Buka Lampu Dalam Rumah Bunyi macam membazir letrik, tapi kaedah ini sangat membantu! Tambah kalau rumah ada pasang automatik light. Setkan time pukul berapa nak on dan off lampu. Pastikan time dekat nak maghrib tu lampu tu automatik akan on dengan sendirinya. Subuh esoknya ia akan padam kembali. Hati pun tak risau jika kita tinggalkan rumah kita lama.
- Buang Sampah Jika nak rumah diserang ulat dan berbau busuk silalah jangan buang sampah. Baunya memang semerbak. Boleh pengsan! Jadi pastikan kita meninggalkan rumah kita dengan keadaan sampah kosong. Bukan rumah orang lain pun. Rumah kita jugak yang bersih nanti. Rumah kita ni kan syurga kita.
- Handphone dan Gajet Dunia sekarang memang tanpa smartphone macam rasa hidup dalam gua. Rasa macam hidup ini tak berguna. Jadi memang patutlah ramai yang claim ini nyawa kedua. Pastikan kita jangan lupa bawak handphone. Charger pun penting jugak. Lagi bagus kalau ada powerbank, time travel ni memang powerbank sangat berguna! Kat kampung nanti takyah berebut soket ngan anak buah sedara mara.
- Servis Kereta Pastikan kereta kita dalam keadaan tip top. Servis kereta untuk memudahkan perjalanan kita. Jangan sampai tersadai di tepi jalan kerana kehabisan air bateri, temperature naik, minyak itam kering dan sebagainya. Memang tension tau kalau kereta buat hal kat jalan!
- Baju Raya Ini memang mustahak. Jenuh dok bershopping di jalan TAR, Plaza Alam Sentral bagai tapi terlupa bawak baju raya. Menangis tak berlagu dibuatnya. Pastikan baju raya kita, pasangan kita, anak-anak kita di bawa. Periksa dulu booth kereta tu banyak kali. Takut tertinggal beg pakaian di rumah plak.
Kredit Superbvitamin