Presiden SENIMAN, Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi berkata, bidaan akan bermula esok sehingga 20 Ogos ini terbuka kepada umum dan hanya terhad dari US1 hingga US1000.
Peminat nombor pendaftaran khas kini boleh membida plat kenderaan khas Untuk Seniman (US) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN).
Pembida yang berminat membeli nombor ini boleh mengambil borang bidaan di pejabat Sekretariat Plat US atau boleh memuat turun borang bidaan di www.platus.my.
"Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan nombor kenderaan khas ini dalam membantu Seniman mengumpul dana bagi artis di bawah naungan Seniman yang memerlukan bantuan.
"Ini juga adalah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diberikan oleh JPJ kepada kami untuk melaksanakan program kebajikan, kesukarelawan dan kerjasama artis serta beberapa kempen jalan raya," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.