Isnin, 7 Jun 2021

Drama Derita Untuk Bahagia lakonan Amar Baharin, Azar Azmi, Hafreez Adam, Dayang Areeda di Astro Prima

Drama Derita Untuk Bahagia
Saksikan drama rantaian Derita Untuk Bahagia di slot Tiara, Astro Prima bermula 7 Jun 2021, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 petang. Bersiaran 30 episod, drama ini diarahkan oleh Ejump Mohd dan terbitan MIG Productions Sdn Bhd.

Para Pelakon

Amar Baharin, Azar Azmi, Hafreez Adam, Dayang Areeda, Jasmin Hamid, Rashdan Baba, Zarina Zainuddin, Hilal Azman, Dian P.Ramlee, Haeriyanto Hassan, Marisa Yasmin, Shukry Ramlee, Aaliyah Natasha, Puteri Lofea, Riezman Khuzaimi, Aida Othman.



Episod 30 - Puan Zaiton menyalahkan diri kerana menghalang kebahagian Salleh dan Maria selama ini. Danial dan Alisha baru mahu memulakan kehidupan bahagia namun masih ada yang mahu menghancurkannya.

Episod 29 - Mahad mahu menuntut bela di atas maruah Intan yang sudah dimusnahkan. Terbongkarnya segala rahsia membuatkan Mahad menjadi semakin dendam, dia cuba membunuh Maria.

Episod 28 - Danial menjauhi Alisha, dia tidak mahu Alisha hidup dengan dirinya yang merupakan anak kepada penjahat. Layanan Danial terhadap Alisha membuatkan Alisha kecewa.

Episod 27 - Alisha dan Danial diperangkap. Mereka terpaksa berkahwin dan Intan menghalang sekerasnya. Kejahatan Lina terbongkar, Salleh menceraikan Lina.

Episod 26 - Danial sedih apabila status dirinya terbongkar. Danial bawa diri keluar dari rumah Puan Zaiton. Lina terus diugut oleh Fauzi sehingga Lina tidak dapat mengawal emosinya.

Episod 25 - Salleh kecewa selepas dapat tahu tentang hubungan Mahad dan Maria. Alisha nekad untuk terus mencari keluarganya kepada Maria.

Episod 24 - Salleh dan Maria bertemu kembali, berpuluh tahun berpisah, Maria masih dapat rasakan cintanya terhadap Salleh. Raif semakin menunjukkan perangai sebenarnya sehingga mengasari Alisha. Alisha tertekan.

Episod 23 - Intan semakin sakit hati dengan Alisha, lebih lagi Maria terlalu membela Alisha. Mak Yam terlalu takut dengan kejahatannya sehingga tersebut nama Syuhada di depan Alisha

Episod 22 - Hubungan Danial dan Raif semakin retak kerana Alisha. Danial mula tertanya tentang status dirinya, siapa ayah kandungnya.

Episod 21 - Maria bawa Alisha tinggal bersamanya, Mahad naik berang dan mahu Alisha keluar dari rumah itu. Puan Zaiton terus menekan Lina dan semakin tidak percayakan Lina.

Episod 20 - Raif mendesak Mak Yam untuk beritahu tentang Tuan Jalal. Mahad mengungkit kedudukan Lina adalah disebabkan jasanya, Lina tertekan dan mahu membunuh Salleh.

Episod 19 - Intan terus meyakinkan Alisha untuk mencintai Raif. Lina tertekan dengan layanan Puan Zaiton yang sudah mengesyaki sesuatu. Danial mula mencari jawapan.

Episod 18 - Raif bawa Alisha balik ke kampung, Mak Yam menghalau Alisha. Intan gembira apabila mengetahui Alisha memilih Raif berbanding Danial. Intan nekad mahu Danial jadi miliknya.

Episod 17 - Intan gelisah selepas terdengar perbualan Mahad dan Lina, dia mula mengesyaki sesuatu. Danial korbankan hatinya terhadap Alisha demi persahabatannya dengan Raif.

Episod 16 - Alisha terus menderita dengan Fauzi yang masih tidak berubah. Danial mendesak Lina untuk mengetahui tentang Salleh. Raif mula menekan Alisha untuk menjauhi Danial.

Watak Lakonan

Azar Azmi sebagai Alisha
Amar Baharin sebagai Danial
Hafreez Adam sebagai Raif
Dayang Areeda sebagai Intan
Marisa Yasmin sebagai Maria
Jasmin Hamid sebagai Lina
Dian P Ramlee sebagai Puan Zaiton
Riezman Khuzaimi sebagai Salleh
Haeriyanto Hassan sebagai Fauzi
Dato’ Hilal Azman sebagai Tuan Jalal
Aida Othman sebagai Suraya
Zarina Zainuddin sebagai Mak Yam
Rashdan Baba sebagai Mahad
Shukry Ramlee sebagai Zaidi
Aaliyah Natasha sebagai Ainur
Puteri Lofea sebagai Batrisyia

Lagu Tema/OST

Lagu : Bangkit Semula
Penyanyi : Khai Bahar
Lirik: Adi Pawana
Komposer: Adi Pawana & Alun Cendana

Sinopsis Drama Derita Untuk Bahagia

Alisha ialah gadis yang rajin dan yang membesar dalam keadaan yang penuh dengan cabaran, bapanya kaki pukul manakala ibunya membanting tulang membesarkannya.

Alisha bijak dan pandai berdikari untuk mencari wang. Suatu hari Alisha dikejutkan apabila sedar yang dia bukanlah anak kandung ibunya. Pergolakkan berterusan apabila Alisha cuba mahu mencari keluarga kandungnya.

Pertemuan Alisha dengan Danial dan Raif juga telah membibitkan situasi cinta tiga segi antara mereka semua, namun hubungan cinta Alisha ditentang sehingga dia menemui kebenaran.

Berjayakah Alisha menemui bahagia dan cinta selepas melalui kehidupan yang sukar, ditambah dengan masa silam keluarganya yang kini menghantuinya?