Selasa, 4 Julai 2017

Info Penyakit Anjing Gila Yang Patut Anda Ketahui

Penyakit Anjing Gila atau Rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti rabies. Rabies berjangkit melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit dari air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan tersebut kepada manusia.

penyakit anjing gila

Masa inkubasi rabies adalah 3 minggu hingga 2 bulan dari gigitan haiwan rabid hingga timbul gejala.

Tanda Awal dan Gejala Penyakit Anjing Gila
  • Rasa bimbang
  • Sakit kepala
  • Demam
  • Lesu
  • Perubahan deria di sekitar tempat gigitan
  • Mudah terangsang
  • Berhalusinasi
  • Aerophobia (takut pada tiup­an angin)
  • Hidrofobia (takut atau bencikan air disebabkan kekejangan otot kerongkong yang sakit ketika menelan

Pada peringkat seterusnya, pesakit menjadi celaru, mengalami sawan sehingga boleh membawa maut.

Rabies adalah satu penyakit yang menyebabkan kematian 100% jika tanda-tanda penyakit telah timbul.

Cara Jangkitan

Virus rabies terdapat dalam air liur haiwan dan boleh di jangkiti melalui gigitan atau sebarang kejadian yang menembusi kulit seperti jilatan haiwan di tempat luka.

Tempoh pengeraman:
3 hingga 8 minggu, seawal-awalnya 9 hari atau selewat-lewatnya 7 tahun.

Di kawasan yang biasa terdapat jangkitan rabies (kawasan endemik), pelawat berisiko mendapat jangkitan jika berhubung kait dengan haiwan liar atau haiwan peliharaan termasuk anjing dan kucing.

Rawatan Penyakit Anjing Gila

Rawatan selepas terkena gigitan bertujuan untuk mengelakkan jangkitan rabies. Rawat luka dengan segera, basuh luka dengan sabun dan air atau air sahaja. Selepas itu, sapukan etanol (70%) atau tinktur atau larutan iodin akueus atau iodin povidon.

Rawatan khusus
Antirabies Imunoglobulin (RIG) disapukan pada tempat luka dan tisu di sekitarnya.
Beberapa dos vaksin disuntik ke dalam kulit atau ke dalam otot (bergantung kepada jenis vaksin yang digunakan). Dos pertama mesti diberikan seawal mungkin selepas terkena gigitan dan dos terakhir dalam tempoh 28 hari sekiranya disuntik ke dalam otot atau 90 hari sekiranya disuntik ke dalam kulit.

Pencegahan tetanus dan rawatan anti-bakteria (jika diperlukan)
Elakkan menjahit atau menutup luka (kecuali jika tidak dapat dielakkan)

Pencegahan
Vaksinasi di gunakan untuk mencegah dari dijangkiti rabies

Langkah berjaga-jaga
Elakkan memegang haiwan liar dan haiwan peliharaan yang sesat terutamanya anjing dan kucing di kawasan endemik.

Jika seseorang digigit oleh haiwan yang mungkin dijangkiti rabies atau berhubung kait dengan seseorang yang disyaki menghidap rabies, segera bersihkan luka dengan sabun dan air.
Selain itu, segera dapatkan rawatan doktor.

Tiga peringkat penyakit anjing gila yang berlaki kepada anjing dan haiwan lain.
  1. Peringkat pertama ialah tempoh masa satu hari hingga tiga hari bercirikan perubahan tingkah laku.
  2. Peringkat kedua ialah peringkat mengujakan, yang berlangsung selama tiga hingga empat hari. Ini ialah peringkat yang kerap dikenali sebagai penyakit anjing gila meradang kerana kecenderungan haiwan terjejas untuk menjadi hiperreaktif terhadap rangsangan luaran dan menggigit apa-apa yang dekat.
  3. Peringkat ketiga ialah peringkat kelumpuhan dan disebabkan oleh kerosakan pada neuron motor. Ketidakselarasan terlihat kerana kelumpuhan anggotaa belakang dan pelelehan dan kesukaran untuk menelan disebabkan oleh kelumpuhan otot muka dan tekak. Ini melumpuhkan kebolehan mangsa untuk menelan, yang menyebabkan air liur melimpah dari mulut juga sebab gigitan ialah cara paling jelas untuk jangkitan merebak kerana virusnya paling tertumpu di tekak dan pipi menyebabkan kontaminasi besar terhadap air liur. Kematian biasanya disebabkan oleh hentinya nafas.

Langkah Pencegahan Penyakit Anjing Gila

Bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit rabies:
  • Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan anjing peliharaan yang agresif atau anjing liar;
  • Pastikan anjing peliharaan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama anjing liar;
  • Jika anjing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat;
  • Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal; dan
  • Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.