Isnin, 30 April 2018

Drama Kenyalang I'm In Love lakonan Hafeez Mikail dan Ain Edruce

Drama Kenyalang I'm In Love merupakan terbitan Frontrow Pictures Sdn Bhd. Diarahkan oleh Feroz Kader dan skrip hasil nukilan Salwana Sawi. Bakal bersiaran di Slot Lestary TV3 tetapi anda boleh menonton awal 13 episod penuh di portal tonton.

kenyalang i'm in love infobergetar

Para Pelakon

Hafeez Mikail, Ain Edruce, Syaffiq Sahli, Intan Najuwa, Anding Indrawani, Ady Hamiz, May May, Zack Kool, Zila Bakarin, Manan Sulaiman, Aida Khalida, Shima Anuar, Aida Othman, Ali Mohamad.

Lagu Tema / OST

Tajuk: Kenyalang I'm In Love
Penyanyi: Aepul Drama Band & Mimie Haris

Sinopsis Kenyalang I'm In Love

Mengisahkan AJ dan Wanda yang telah berkawan sejak dibangku sekolah lagi. Persahabatan mereka terputus apabila AJ berpindah ke kota raya. AJ yang telah pun membina kerjaya di Kuala Lumpur walau bagaimanapun terpaksa akur diberhentikan kerja dek kerana sabotaj teman karibnya, Khairul.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga pula, pada masa yang sama AJ telah ditinggalkan kekasihnya Sutra, yang tidak sanggup lagi hidup bersama AJ.

AJ yang mengalami kemurungan telah mengambil keputusan untuk kembali ke Sarawak, tempat beliau dibesarkan dengan harapan dapat kembali menjadi diri sendiri.

Ketika berada di Sarawak tanpa diduga, AJ telah bertemu kembali dengan Wanda yang dipaksa berkahwin dengan Wesli oleh keluarganya. Cinta AJ dan Wanda berputik kembali, namun pelbagai konflik, dan campur tangan keluarga terpaksa mereka hadapi. Apakah AJ dan Wanda mampu menangani kemelut cinta mereka?