Rabu, 30 Mei 2018

Drama Air Mata Di Bumi Matador lakonan Puteri Aishah, Ben Amir, Eyka Farhana, Nazrief Nazri

Drama Air Mata Di Bumi Matador merupakan terbitan Nafalia Corporation Sdn Bhd. Diarahan oleh Rahila Ali dan skrip hasil 3 penulis Amy Aimi, Wira Hijau, Amin Shakib. Mula ditayangkan pada 30 Mei 2018, setiap Rabu dan Khamis jam 8.30 malam di TV2.

air mata di bumi matador

Para Pelakon

Puteri Aishah, Ben Amir, Nazrief Nazri, Eyka Farhana, PU Riz, Shakilla Khoriri, Affique Hussain, Habib Lopez, Ieda Moin, Dalimawati, Laila Nasir, Arash Mohamad, Mustapha Kamal, Marisa Yasmin, Ungku Hariz.

Video Episod 1-28

Sinopsis Air Mata Di Bumi Matador

Mengisahkan seorang gadis yatim piatu bernama Qaisara yang terpaksa membatalkan perkahwinan dengan Iskandar, kekasihnya semenjak dari sekolah.

Kecewa dengan peristiwa itu, dia kemudiannya membawa hatinya yang kecewa ke Sepanyol. Di sana Qaisara cuba melibatkan diri dengan kerja-kerja amal yang diyakini dapat membuatkan dirinya melupakan kenangan pahit antara dirinya dengan Iskandar.

Sementara itu seorang penuntut Malaysia bernama Adib yang turut melakukan kerja-kerja amal berjaya mengisi kesunyian Qaisara. Meskipun sukar untuk dirinya kembali menerima cinta daripada seorang lelaki namun kehadiran Adib berjaya mengubah pendiriannya itu. Baginya keikhlasan Adib berjaya meyakinkannya untuk kembali bahagia bersama insan yang disayang.

Namun konflik berlaku apabila cinta baru antara Qisara dan Adib mula berputik, Iskandar datang ke Sepanyol dan menuntut cintanya kembali. Situasi itu mengejutkan Qaisara yang sememangnya masih dibuai cinta lama bersama Iskandar. Dia mula keliru memilih antara Iskandar atau Adib.

Kesudahannya Qaisara memutuskan untuk kembali ke tanah air dan berkahwin dengan Iskandar. Baginya ia peluang kedua yang tidak seharusnya dipersiakan. Dia mahu membina semula bersama lelaki dicintai sepenuh hatinya itu.

Akan tetapi jodoh sememangnya di tangan tuhan. Kali ini juga impiannya membina mahligai bahagia bersama Iskandar tidak kesampaian. Iskandar meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan.

Sekali lagi Qaisara jatuh terduduk. Impiannya musnah sama sekali. Setelah jiwanya kembali tenang dan mula redha dengan ketentuan Allah, Qaisara kembali membawa diri ke Sepanyol dan memulakan kehidupan dengan semangat baru.

Kunjungannya ke sana sememangnya dinantikan oleh Adib. Nekad tidak mahu kehilangan gadis yang dicintainya sekali lagi, Adib terus melamar Qaisara. Namun malangnya Qaisara menolak kerana sudah serik dengan jodah yang tidak kesampaian. Rakan-rakan di sekelilingnya cuba menasihati Qaisara untuk memberi peluang kepada Adib untuk membahagiakannya. Adakah hubungan mereka kembali bersatu?

Gambar Pelakon



Saksikan kesudahan drama Air Mata Di Bumi Matador yang berjumlah 26 episod di Slot Selekta Prima TV2.