Saksikan telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong yang ditayangkan di Astro
Citra. Terbitan Heritage Movies Sdn Bhd, skrip Srikandi Emma & Sri Dewi dan
arahan Syawal Azrai. Ditayangkan pada 30 Januari 2021, jam 9 malam.
Para Pelakon
Ellie Suriaty, Kody Rasheed, Riezman Khuzaimi, Anne Abdullah, Raja Syahiran.
Sinopsis 44 Hari Bangkitnya Pocong
Selepas kematian Maimun, beberapa kejadian aneh telah berlaku dan seluruh
penduduk kampung di ganggu oleh pocong. Maimon (Elly Suriatie) yang meninggal
secara mengejut mula menjadi bualan orang kampung kerana sikapnya selama ini
sememangnya kurang di senangi.
Jenazah Maimon terpaksa dikebumikan pada keesokan kerana menunggu anaknya
Aizat (Kodi Rasheed) pulang dari Singapura. Namun, tanpa diduga seekor kucing
hitam melangkah mayat Maimon lalu jenazah maimon bangun menyebabkan seluruh
penduduk kampung melarikan diri.
Pada malam tahlil yang pertama penduduk mula di serang dengan gangguan ketukan
pintu dan penampakan pocong. Suami maimon Anjang Kamal (Riezman Khuzaimi) mula
di datangi hantu Pocong Maimon yang meminta maaf.
Aizat yang sayangkan ibunya menghadapi dilema dalam menghadapi kecaman namun
dalam masa sama cuba merungkai punca Pocong Maimon mula menghantui orang orang
kampung. Satu persatu perbuatan terkutuk maimon terungkai termasuklah
perbuatan Maimon yang memberikan nasi kangkang kepada Anjang Kamal menjadikan
Aizat semakin tertekan.
Mampukah Aizat menghentikan hantu Pocong Maimon dari terus menghantui orang
kampung?