Selasa, 1 Mei 2018

Telefilem Hantu Rumah Sakit Jiwa lakonan Fizz Fairuz, Saharul Ridzwan dan Abam Bocey

Telefilem Hantu Rumah Sakit Jiwa kini telah disiarkan di saluran Astro First Eksklusif (480). Terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd, arahan pengarah Michael Ang. Skrip nukilan Ashraf Zain, Nazri M. Anuar dan Michael Ang.

hantu rumah sakit jiwa

Para Pelakon

Fizz Fairuz, Saharul Ridzwan, Abam Bocey, Azhan Rani, Sharifah Sakinah, Emma Maembong, Sherry Al Hadad, Normah Damanhuri, Alif Hadi, Sasaitharan K. Rajoo, Nadzmi Adhwa, Sharifah Shahora.

Sinopsis Hantu Rumah Sakit Jiwa

Mengisahkan kehidupan tiga beradik yatim piatu iaitu Johan, Syafiq dan Zed yang tinggal bersama-sama di sebuah rumah peninggalan orang tua selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Sejak pemergian ibu bapa mereka, bapa saudaranya Razak (Azhan Rani) yang selama ini tidak begitu mesra dengan Johan sekeluarga telah muncul dengan agenda tersirat. Razak berhajat untuk memiliki rumah kediaman tiga beradik itu.

Ketiga-tiga beradik itu kemudian terbabit dalam satu kemalangan sewaktu melakukan aktiviti lasak, terjunan bungee yang sudah dirancang oleh Razak. Apabila mereka melakukan terjunan secara serentak, tiba-tiba tali mereka terputus dan membuatkan mereka jatuh terhempas ke dalam gaung yang menyebabkan mereka koma di hospital.

Apabila tersedar, mereka terkejut apabila melihat rumah mereka kini dijadikan pusat rawatan mental. Pada masa sama, ketiga-tiganya menjadi panik apabila menyedari bahawa hanya pesakit mental sahaja boleh melihat kewujudan mereka.

Justeru, Johan dan adik-adiknya menganggap bahawa hanya pesakit mental sahaja boleh melihat mereka dan tidak bagi manusia normal. Keadaan ini secara tidak langsung memudahkan mereka bertiga menyusup masuk dan melakukan pengintipan bagi mengenal pasti apa yang sebenarnya terjadi sehinggalah mereka menemui motif di sebalik penukaran status rumah agam mereka kepada pusat rawatan mental.

Saksikan telefilem seram komedi Hantu Rumah Sakit Jiwa ini dengan melanggan Astro First Eksklusif 480.