Khamis, 26 Julai 2018

Drama Legasi 69 Komando lakonan Shafie Naswip dan Along Eyzendy

Bermula 27 Julai 2018, TV1 akan menyiarkan drama dokumentari bertajuk Legasi 69 Komando pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 3.05 petang. Drama ini diarahkan oleh Zailin Zulan dan terbitan syarikat 3 Line Media.

drama legasi 69 komando rtm

Para Pelakon

Shafie Naswip, Along Eyzendy, Adam Shah, Hafidz Razif, Hariry Abdul Jalil, Ahmad Fahim, Hafiz Jasmani, Abdul Rahman.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8

Sinopsis Drama Legasi 69 Komando

Mengisahkan tentang semangat kepahlawanan lima anak muda kampung yang mempunyai keperibadian yang tinggi serta amat berbeza yang bernama Hamzah Hashim, Apot a/k Saad, Zabri Abd Hamid, Hasyim Jaabar dan Ahmad WT.

Mereka berlima kemudiannya telah menyahut cabaran untuk menyertai unit baharu dalam pertahanan negara pada tahun 1969 yang dikenali dengan nama VAT 69.

Untuk menyertai unit elit tersebut, mereka dikehendaki melalui satu sesi pemilihan yang amat getir. Dalam setiap episod siarannya, rancangan ini akan memaparkan kesungguhan anak-anak muda ini meninggalkan keluarga di kampung demi hasrat untuk berbakti untuk negara.