Ahad, 22 Julai 2018

Filem Pulang lakonan Remy Ishak dan Puteri Aishah

Filem Pulang yang bergenre sejarah biografi ini menampilan Remy Ishak dan Puteri Aishah sebagai pelakon utamanya. Idea asal Ahmad Izhan dan Omar Othman, filem ini diterbitan Primeworks Studios dan diarahkan oleh pengarah Kabir Bhatia. Skrip Mira Mustaffa dan Ahmad Izham Omar. Bakal ditayangkan di pawagam pada 26 Julai 2018.

filem pulang

Para Pelakon

Remy Ishak, Puteri Aishah, Alvin Wong, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Sherry Al-Jeffri, Dato' Jalaluddin Hassan, Juliana Evans, Dato' Rahim Razali, Aida Khaleeda.

Video Trailer


Sinopsis Filem Pulang

Filem berlatar belakangkan tahun 1940-an, tentang seorang kelasi kapal, Othman yang nekad mengubah nasib keluarganya dengan mengikuti pengembaraan belayar ke merata dunia. Sebelum berlayar, dia berjanji akan pulang bersama kekayaan untuk isterinya Che Thom dan anak lelakinya, Omar. Dengan penuh kesabaran, isterinya akur dengan kepergiannya dan setia menunggu kepulangan suaminya selama 61 tahun.