Jumaat, 10 Ogos 2018

Drama Cinta Lemon Madu lakonan Aidil Aziz dan Ruhainies

Drama Cinta Lemon Madu bersiaran 13 episod di Slot Lestary TV3 pada setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam. Merupakan idea asal Engku Hairolizam dan Siti Solehan dan diterbitkan oleh syarikat Sha's Media Sdn Bhd. Diarahkan pengarah Hashim Rejab dan skrip nukilan Siti Solehah Abdul Gani.

drama cinta lemon madu tv3

Para Pelakon

Aidil Aziz, Ruhainies, Riena Diana, Eyra Hazali, Epy Kodiang, Kazar Saisi, Mubarak Majid, Helvera Susanti, Siti Noor Fadilla, Eylla Diefila, Zya Naziha, Carolia, Jaafar Hassan, Abil, Farah, Siti Riwiyani, Hanis Kamal Bakar.


Lagu Tema / OST

Bulan Indah - Zara Ali
https://www.youtube.com/watch?v=mPv5xdH3uTA

Sinopsis Drama Cinta Lemon Madu

Firash telah diambil sebagai anak angkat dalam keluarga berada semenjak kematian ibunya dari kecil. Haida, adik angkat Firash telah dijodohkan untuk berkahwin dengannya kerana ibu mereka risaukan kenakalan Haida.

Sikap Haida yang masih muda dan masih mahu berseronok tidak disenangi Firash dan Firash sentiasa rasa terabai. Sehinggalah Firash berjumpa dengan Aisyah ketika menyelamatkannya dari peragut, Firash mula terjatuh hati kepada Aisyah.

Gambar Pelakon

gambar pelakon cinta lemon madu