Jumaat, 10 Ogos 2018

Filem Langsuir lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha

Filem Langsuir akan mula ditayangkan di pawagam pada 20 September ini. Terbitan Guam Teamwork Sdn Bhd dan kerjasama produksi Nuansa Films. Diarahkan oleh pengarah terkenal Osman Ali.

filem langsuir

Para Pelakon

Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Julia Farhana Marin, Firdaus Nadxaman, Shahkimin, Halim Radzi, Daaim Jailani, Nazri John, Naza Manas.

Lagu Tema /OST

Lara Suri - Hannah Delisha
https://www.youtube.com/watch?v=oEuwXNgzIjU

Sinopsis Filem Langsuir

Menceritakan kisah cinta dua dunia antara Azlan dan Suri. Mereka bertemu ketika Azlan dan kawan-kawannya berkunjung ke pulau terlarang bernama Pulau Langsuir. Azlan yang jatuh cinta dengan Suri tidak mengetahui bahawa Suri adalah langsuir yang mendiami pulau itu.

Zaman irihati dengan hubungan Azlan dan Suri telah merancang untuk menikam paku tajam ke kepala Suri untuk melihat sejauh mana kebenaran mitos mengatakan langsuir akan kekal menjadi perempuan cantik jika kepalanya ditebuk paku. Tindakan Zaman telah berjaya dengan bantuan Kamal namun telah menimbulkan kemarahan Dewi, kakak Suri.

Dewi nekad mahu membalas dendam dan menghancurkan Zaman serta rakan-rakannya. Mampukah cinta antara dua dunia bertahan atau terkubur demi menyelamatkan sebuah persahabatan?

Video Trailer