Khamis, 9 Ogos 2018

Drama Seribu Rindu lakonan Zul Ariffin dan Azira Shafinaz

Drama bersiri Seribu Rindu akan menemui penonton di Slot Akasia. Terbitan syarikat Orangetree Production Sdn Bhd dan arahan pengarah Zamri Zakaria. Mula ditayangkan pada 12 Disember 2018 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 pm.

drama seribu rindu

Para Pelakon

Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Mona Allen, Ku Faridah, Fadlan Hazim, Harris Baba, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil.

Sinopsis Drama Seribu Rindu

Mengisahkan percintaan 3 segi antara Zul Ariffin (Irfan), Maisara (Azira Syafinaz) dan Dr. Ariel (Fadlan Hazim). Irfan merupakan seorang Chef yang sudah lama menyukai Maisara sejak kecil lagi. Kerana, Irfan sering berulang alik belajar memasak bersama Tok Ma yang merupakan nenek kepada Maisara. Namun, sebenarnya kepulangan Maisara ke kampung adalah disebabkan konflik yang berlaku antara dirinya dan Dr. Ariel.

Cinta Maisarah dan Airel, yang telah bersemai sejak zaman universiti lagi terhalang apabila, bapa Airel, Datuk Muiz merancang mahu menyatukan Ariel dan Damia, anak kepada rakan perniagannya. Konflik antara mereka semakin rumit apabila Irfan mengambil keputusan untuk mengahwini Maisara, tetapi Ariel muncul semula demi menagih cinta Maisara.

Gambar Pelakon

drama seribu rindu akasia tv3