Isnin, 21 Oktober 2019

Telefilem Dah Mati Pun Cantik lakonan Lisa Surihani dan Faizal Hussein

Saksikan telefilem seram bertajuk Dah Mati Pun Cantik lakonan Lisa Surihani dan Faizal Hussein. Ditayangkan pada Sabtu ini 26 Oktober jam 9 malam di saluran Astro Citra. Terbitan Kl Motion Picture dan arahan pengarah Wan Hasliza Wan Zainuddin.

Telefilem Dah Mati Pun Cantik

Para Pelakon

Faizal Hussein, Lisa Surihani, Natasha Elyzza, Lash Mokhtar, Anna Melissa, Oza, Norazlina Ismail, Zulhilmi Zerain, Issac Shahril, Dayang Hana, Razali Bakar, Badrul Haishaam, Shyrim Husni, Boy Tawau, Mohd Rollef, Fadhil Aziz, Sani Ahmad, Ahmad Jamal.


Sinopsis Dah Mati Pun Cantik

Mengisahkan Dr Dina dan Dr Malik yang bertugas di bilik mayat, pada satu hari mereka menerima satu mayat yang sangat cantik.

Dalam proses bedah siasat yang sedang dilakukan satu-persatu susuk emas mayat itu dijumpai oleh Dr Dina. Setelah dicabut bermulalah gangguan untuk mereka berdua.

Apa yang seterusnya berlaku? jangan lupa tonton pada Sabtu ni yo gais.