Khamis, 5 Mac 2020

Drama Bukan Gadis Biasa lakonan Ayda Jebat dan Remy Ishak

Bermula 23 April 2020 di slot Akasia TV3 drama Bukan Gadis Biasa lakonan Ayda Jebat dan Remy Ishak akan mula bersiaran. Merupakan adaptasi dari novel karya Liza Nur. Terbitan produksi JS Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Jinggo (Azman Yahya).

Drama Bukan Gadis Biasa

Para Pelakon

Ayda Jebat, Remy Ishak, Lia Natalia, Sheila Rusly dan ramai lagi.



Sinopsis Bukan Gadis Biasa

Menyingkap ceritera manusia-manusia yang pernah melalui zaman gelap ketika kecil. Ia didukung oleh watak-watak yang kuat untuk meninggalkan impak yang mendalam kepada para pembaca.

Johana anak seorang penjenayah dan penagih dadah. Namun, ia tidak menyekat dia supaya berusaha untuk keluar dari label gagal yang diletakkan manusia padanya.

Rayyan pula mangsa dera yang kerapkali dipijak. Tetapi, semangatnya untuk berjaya menjadikan dia lelaki cekal yang tidak pernah mengenal erti putus-asa.

Watak-watak ini terjerut dengan pelbagai pemasalahan dunia dan seperti manusia-manusia biasa yang lain, adakalanya mereka menerima penangan emosi yang dahsyat.

Bukan Gadis Biasa juga mengangkat nilai kasih sayang, persaudaraan dan persahabatan yang menjadi tujang utama karya. Tema cinta menjadi perencah yang menambah kemanisan watak-wataknya disamping mengetengahkan isu-isu tenat seperti penderaan kanak-kanak dan jenayah.

Karya Bukan Gadis Biasa juga terselit humor yang membuatkan pembaca lebih relaks meskipun ia membawa tema yang berat.

Jangan lupa nanti tonton drama Bukan Gadis Biasa di slot Akasia TV3 pada hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.