Rabu, 18 Disember 2019

Drama Dua Takdir Cinta lakonan Fasha Sandha dan Azar Azmi

Saksikan drama Dua Takdir Cinta yang akan mula bersiaran di Slot Tiara Astro Prima pada 7 Januari 2020. Ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 petang selama 65 episod. Terbitan produksi Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh saudara Azri.

Drama Dua Takdir Cinta episod

Para Pelakon

Fasha Sandha, Fendy Bakry, Zamarul Hisham, Faizal Hussein, Azar Azmi, Reza Baharuddin, Husna Mustaffa, Syamim Farid, Izzat Mushtaq, Ali Reza, Syaffiq Sahli dan ramai lagi.



Sinopsis Dua Takdir Cinta

Mengisahkan tentang Mariana dan Sabrina. Dua beradik anak yatim yang dijaga oleh makcik mereka sehingga berusia belasan tahun sehingga mereka terpisah. Selama 20 tahun , Mariana dan Sabrina hidup berasingan sehinggalah mereka bertemu semula apabila Mariana pergi mencari adiknya itu.

Namun hidup mereka tidak lah seindah yang disangka. Pelbagai rintangan dan dugaan yang perlu mereka hadapi demi untuk mencapai satu kebahagiaan.

Gambar Pelakon

Drama Dua Takdir Cinta

Drama Dua Takdir Cinta