Ahad, 5 April 2020

Jadual pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

“Sukacita saya memaklumkan bagi fasa pertama BPN Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April (Isnin)."

Pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuat secara berperingkat mulai Isnin ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, ia membabitkan 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang yang sudah diluluskan dengan jumlah keseluruhan RM5.63 bilion.

Jadual Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Jadual pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)


Tempoh permohonan baharu dan rayuan BPN dibuka dari 1 - 30 April 2020. Setelah semakan dilakukan, bagi mereka yang lulus pembayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020.

Jadual pecahan penerima BPN

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak terbabit terutama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam membolehkan bayaran BPN dipercepatkan demi membantu rakyat Malaysia memerlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, sejumlah RM3.24 bilion diperuntukkan bagi pembayaran fasa pertama kepada golongan B40 iaitu isi rumah pendapatan di bawah RM4,000 manakala RM1.81 bilion kepada bujang berpendapatan di bawah RM2,000.

Selain itu, katanya, kerajaan memperuntukkan RM440 juta untuk golongan M40 isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000 dan RM140 juta kepada bujang (pendapatan RM2,001 hingga RM4,000).

Dalam pada itu, beliau turut menasihati rakyat agar berhati-hati dengan scammer yang semakin berani mengambil peluang menipu orang ramai dengan merujuk kepada sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada pihak tidak dikenali.

Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Prihatin berjumlah RM250 bilion untuk disalurkan kepada semua sektor awam dan swasta yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi nombor telefon dan pautan berikut: