Saksikan telefilem Rabak yang bersiaran pada 21 Mei 2021, 10 malam di TV3.
Terbitan FJ Pictures Sdn Bhd dan diarahakan Feroz Kader.
Syakimah (58 tahun) dan adiknya, Rabiah (56 tahun) didakwa atas kesalahan
membunuh Malek, suami Syakimah yang sering menderanya. Kes ini telah mendapat
perhatian Azri, seorang peguam yang mahu menuntut bela untuk adik-beradik ini
tanpa mengenakan bayaran. Azri mahu kes ini mendapat perhatian umum. Namun, dia
telah gagal dan adik-beradik tersebut dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun atas
kesalahan membunuh tanpa niat.
Rabiah jatuh sakit ketika menjalani hukuman penjara dan akhirnya meninggal
dunia. Hal ini telah menambahkan kesengsaraan Syakimah. Dia mula berfikir
tentang anaknya yang dibiarkan sejak 30 tahun yang lalu. Jadi, Syakimah meminta
tolong Azri untuk menjejaki anaknya.
Khamis, 20 Mei 2021
Telefilem Rabak lakonan Khatijah Tan dan Fadilah Mansor di TV3
Mei 20, 2021