Rabu, 26 Mei 2021

Drama Scammer lakonan Kamal Adli, Siti Saleha dan Fasha Sandha di Astro Ria

Drama Scammer
Tonton drama Scammer yang mula bersiaran pada 24 Mei 2021, Isnin hingga Khamis di Astro Ria jam 11 malam. Terbitan Radius One Sdn Bhd, Idea asal Fazli Hj Baharom, Sham Hashim, skrip Sham Hashim, Amin Shakib, Azril Hamzah, Shida Zali dan arahan Norhanisham Muhammad (Labu).

Para Pelakon

Kamal Adli, Siti Saleha, Fasha Sandha, Arash Mohamad, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir, Didie Alias, Brian Chan, Chew Kin Wah, Muaz Fitri, Wan Raja, Megat Sharizal, Tony Eusoff, Aireen Riana, Kak Girl, Uchee Fukada, Wan Raja, Mizie Ahmad, Amanda Misbun, Rahim Jailani, Nor Albaniah.



Lagu Tema/OST

Duit - Meerfly Emosi - Benzoloo feat Khodi

Sinopsis Drama Scammer

Demi membina kehidupan yang selesa untuknya isterinya Nisa, Joe menerima tawaran Amy, bekas kekasihnya bekerja sebagai agen pengubahan wang haram. Kehidupan mewahnya itu mula diancam apabila diburu oleh polis.

Episod 1- Nisa bakal bersalin dan Joe terdesak untuk mencari duit. Joe dibuang kerja kerana membuat satu transaksi permindahan duit secara tidak sah. Sementara itu, Amy terpaksa berpindah ke KL apabila nyawanya diancam bahaya. Amy menawarkan pekerjaan kepada Joe melakukan pengubahan wang haram dengan gaji berlipat kali ganda.

Episod 2 - Joe terima tawaran kerja Amy. Mereka perlu hantar duit rasuah klien ke Indonesia. Amy arahkan Joe untuk tukar duit klien kepada USD dan ketika lakukan kerja pertukaran itu, nyawa Joe diancam bahaya.

Episod 3 - Amy terus terang pada Joe tentang kerjanya. Joe mahu tarik diri kerana tidak mahu terlibat dalam jenayah. Tetapi selepas menyedari gaji yang akan diterimanya amat lumayan, Joe mula gelap mata.

Episod 4 - Nisa terkejut bila dapat tahu Joe tidak lagi kerja di bank. Tetapi Joe terpaksa rahsiakan dia kerja dengan Amy. Qina, mahu Amy dan Joe cuci duit haram dari aktiviti Macau Scam.

Episod 5 - Joe gunakan filem Jay Rahman untuk dapatkan dana 'crowdfunding' bagi mencuci duit Macam Scam Qina. Joe dan Amy mula terancam apabila dapati mereka kini dalam pemerhatian polis bernama Darus.

Episod 6 - Taukeh Wong sedar Amy ejen cuci wang yang berpengaruh. Lalu dia mahu Amy cuci duit untuknya pula. Tapi Joe pula tidak setuju untuk mereka libatkan diri dengan cuci duit samseng besar seperti Wong.

Episod 7 - Joe dan Amy berusaha untuk cuci duit untuk Taukeh Wong melalui seorang usahawan produk kesihatan. Manakala Nisa pula, terkejut bila dapat tahu Joe bekerja dengan Amy, bekas kekasihnya dahulu.

Episod 8 - Crowdfund filem Jay Rahman mendapat sambutan sehingga pihak agensi kerajaan mahu bertemu dengan Qina berbincang lanjut. Disebabkan Jay Rahman tidak dapat hadir, Amy dan Joe perlu menyamar jadi produser.