Jumaat, 17 Oktober 2025

Drama Jika Itu Salahku lakonan Alvin Chong dan Sophia Albarakbah di Lestary TV3

Drama Jika Itu Salahku lakonan Alvin Chong dan Sophia Albarakbah di Lestary TV3

Tonton drama Jika Itu Salahku lakonan Alvin Chong dan Sophia Albarakbah di slot Lestary TV3 bermula 17 Oktober 2025, setiap Jumaat dan Sabtu jam 9 malam.

Sinopsis Drama Jika Itu Salahku

Jika Itu Salahku mengisahkan Asyiqeen, seorang wanita yang membesarkan adiknya, Balqis, yang menghidap sindrom Down. Asyiqeen terpaksa menghadapi tekanan keluarga termasuk layanan dingin daripada neneknya, Mak Tok.

Sementara berusaha mencari kestabilan hidup. Kehadirannya dalam hidup Ivan (Ashraff Tang) menguji nilai, cinta, dan komitmen mereka. Drama ini menyentuh tema pengorbanan, keimanan, dan tanggungjawab keluarga.


Senarai Pelakon

  • Alvin Chong sebagai Ivan / Ashraff Tang
  • Sophia Albarakbah sebagai Asyiqeen (Ash)
  • Adam Malek sebagai Zad
  • Iman Suhana sebagai Zara
  • Fadilah Mansor sebagai Mak Tok
  • Saidah Kamarudin sebagai Pia
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Daud
  • Steve Yap sebagai Alex Tang
  • Ziela Jalil sebagai Melissa
  • Zaleha Iman sebagai Balqis

    Info Drama

    • Stesen: TV3 (Slot Lestary)
    • Tarikh mula: 17 Oktober 2025
    • Hari & Masa: Jumaat & Sabtu, jam 9:00 malam
    • Episod: 13 episod (~42 min setiap satu)
    • Produksi: Global Station Sdn. Bhd.
    • Pengarah: Riza Baharudin

    Cara Tonton

    Tonton drama ini di TV3 setiap Jumaat & Sabtu jam 9:00 malam atau melalui aplikasi penstriman rasmi Media Prima, Tonton.