Isnin, 3 Julai 2017

Teaser dan Sinopsis Mencintaimu Mr Photographer


Episod 13
Pertemuan semula Marlia dan Tan Sri Megat Miqdad mencetuskan perebutan Aira. Aira membuat keputusan untuk bersama Marlia dan Akmal. Disaat Nazmi meninggalkan Aira, Aira disahkan hamil.

Episod 14
Dato Roslan menceritakan hal sebenar kepada Datin Laila.

Episod 15
Tanpa sedar, selama ini Nazmi memerhatikan Aira dari jauh. Aira melalui hari-harinya yang penuh derita bersama kandungannya.

Episod 16
Datin Laila menceritakan perkara sebenar yang terjadi selama ini kepada Aira.

Teaser Ep13-16


Para Pelakon

Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Arash Mohd, Marisa Yasmin, Ariz Lufias, Aishah Azman, Amy Mastura, Hairie Othman, Elvina Chua, Ikmal Amry.

Sinopsis Mencintaimu Mr Photographer

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?