Selasa, 29 Mei 2018

Drama Sejuta Rasa Buat Adelia lakonan Aliff Aziz dan Daiyan Trisha

Drama Sejuta Rasa Buat Adelia adalah adaptasi dari novel Ulam Kasih Sambal Cinta karya Norzalina Nordin. Terbitan syarikat Mig Beats Sdn Bhd, arahan oleh Eyra Rahman dan skrip Rizuan Mat Nor. Bakal bersiaran selepas drama Rahsia Hati Perempuan, dijangka pada Jun nanti di Slot Megadrama, saluran Astro Ria 104 dan HD 123.

sejuta rasa buat adelia

Para Pelakon

Aliff Aziz, Daiyan Trisha, Adam Lee, Elvina Mohamad, Sabrina Ali, Jasper Supayah, Ikmal Amry, Fikhree Bakar, Shah Kimin, Vicha Saywho, Shukri Tahir, Zalif Sidek, Esma Dainal.

Backup

Lagu Tema/OST

Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
https://www.youtube.com/watch?v=osWZwQRzPUE

Sinopsis Sejuta Rasa Buat Adelia

Mengisahkan seorang chef Adelia Naurah yang bekerja di Malay Kitchen, Hotel Green Cove tercalar apabila puding karamel yang dimasaknya diperli oleh Chef Syed Idlan, jejaka dari dapur pastri yang baru berpindah ke hotel itu. Pantang berlanggar senduk, mereka berdua pasti bertekak.

Sengketa mereka berlarutan, seiring dengan ketukan asing di tangkai hati. Adelia resah kerana dia sudah jatuh cinta dengan lelaki ego itu! Syed Idlan pula menggaru kepala kerana niat untuk mengacau gadis itu sudah bertukar niat mengurat! Habis!

Tiba-tiba, muncul seorang chef pastri yang jelita dan selama ini menjadi pujaan Adelia dalam bidang masakan, Chef Joanna. Tatkala Adelia dan Syed Idlan berperang dengan perasaan kasih sayang, Joanna menyelit untuk memisahkan mereka. Menggelegak hati Adelia apabila dia diberikan kata dua oleh Joanna! Amboi... perempuan separa mat salih ni memang nak kena!

Sedang Adelia melayan perasaan kecewa, Hafidz datang meleraikan kekusutannya. Lelaki itu mahu membantunya mengecapi dunia glamour kulinari yang selama ini diidamkannya! Adelia tahu dia perlu pilih. Antara kerjaya dan cinta, yang mana satu patut didahulukannya?

Video Teaser Minggu Akhir


Gambar Pelakon






Saksikan kesudahan drama Sejuta Rahsia Buat Adelia pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria.