Jumaat, 23 Jun 2017

7 Kesalahan Utama Lalulintas Didenda Di Mahkamah

7 kesalahan utama yang akan didenda di Mahkamah, sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2017 (18 Jun 2017 - 2 Julai 2017).

  1. Gagal mematuhi lampu isyarat merah.
  2. Memotong garisan berkembar.
  3. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
  4. Memandu di lorong kecemasan.
  5. Memenadu melebihi had laju.
  6. Tidak memakai tali pinggang keledar.
  7. Memandu di lorong kanan secara berterusan (kenderaan barangan).

7 kesalahan utama lalulintas denda mahkamah


Cara Melaporkan Aduan Lalulintas ke JPJ


cara laporkan aduan lalulintas jpj

Sekiranya kita mempunyai aduan berhubung kesalahan lalulintas boleh terus salurkan aduan tersebut melalui applikasi whatsapp 01151115252 atau sebarang kesalahan lalulintas yang lain boleh emel ke aduantrafik@jpj.gov.my
  • JPJ memerlukan aduan yang lengkap seperti no kenderaan, tarikh, masa dan lokasi kejadian beserta jenis kesalahan, gambar kenderaan.
  • Disini juga JPJ memerlukan maklumat tuan/puan seperti nama penuh, no i/c, no telefon beserta alamat penuh bagi melengkapkan proses aduan tersebut.

Diharap maklumat 7 Kesalahan Utama Lalulintas Didenda Di Mahkamah dan Cara Melaporkan Aduan Lalulintas kepada JPJ dapat mengingatkan kita agar lebih berhati-hati di jalan raya lebih-lebih lagi di musim perayaan ini.