Khamis, 11 April 2019

Cara buat slime dengan mudah dan selamat

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat slime

  1. Gam (semua jenis gam boleh digunakan tetapi kami cadangkan anda guna gam cecair jernih)
  2. Sabun Pencuci Baju (serbuk atau cecair, apa-apa jenis jenama pencuci boleh digunakan)
  3. Mangkuk / Bekas Plastik
  4. Sudu / Garfu Plastik

Cara mudah buat slime dan selamat

Langkah Pertama

Isikan mangkuk atau bekas plastik yang telah anda sediakan dengan Gam cecair jernih sebanyak mana yang anda perlu bagi membuat slime tersebut. Jika anda hanya ingin mencuba buat bagi kali pertama, anda boleh isikan gam tersebut sebanyak dua sudu besar ke dalam bekas atau mangkuk anda.


Langkah Kedua

Anda perlu masukkan pula sedikit cecair atau serbuk pencuci baju ke dalam bekas yang berisi gam itu. Anda boleh masukkan sebanyak satu sudu besar bagi permulaan pertama. Sekiranya anda ingin membuat slime lebih, tambahkan kandungan gam ke dalam bekas dan tingkatkan juga kuantiti sabun pencuci ke dalam bekas yang berisi gam itu.

Langkah Ketiga

Gaulkan campuran sabun pencuci dan gam cecair dalam bekas tersebut sehingga ianya sebati. Anda akan rasakan campuran cecair tersebut menjadi bentuk ketulan dan rasa agak pejal ketika anda menyentuhnya. Proses gaulan ini tidak mengambil terlalu lama dan hanya memerlukan antara 5-10 minit.

Langkah Keempat

Setelah campuran kedua-dua bahan tersebut menjadi pejal atau ketulan, ratakan slime tersebut dan biarkannya kering sehingga beberapa minit. Selalunya ia hanya mengambil masa dalam 5-10 minit untuk kering.

Langkah Kelima

Cuba sentuh dan pegang slime anda bagi memastikan ianya betul-betul kering dan boleh dimainkan. Jika slime anda masih melekat pada jari anda, anda boleh tambahkan sedikit air putih atau air mineral ke dalam mangkuk slime anda. Untuk kesan yang lebih efektif, anda juga boleh campurkan baking soda atau minyak bayi Johnson untuk mengelakkannya daripada melekat atau melekit pada jari anda.

Langkah Keenam

Anda boleh terus bermain dengan slime yang anda baru sahaja buatkan. Mudah kan? Hanya gunakan dua bahan dan slime sudah terbentuk.

Info tambahan, boleh sahaja guna Dynamo, baking soda, syampu, sabun cuci pinggan atau tanpa gam langsung. Apa-apa pun, pastikan semua bahan itu selamat.

Diharap cara buat slime dengan mudah dan selamat ini dapat memberikan keceriaan kepada anak anda.