Sabtu, 3 Ogos 2019

Rancangan Raja Lawak Jurnior (RJL) dihoskan Ajak Shiro dan Ain Edruce

Hi guys, semalam ternampak iklan rancangan baru yang bakal bersiaran di Astro Warna iaitu program Raja Lawak Junior. Kalau tak silap admin ini adalah program pertama Astro bagi mencari bakat dalam bidang komedi untuk golongan kanak-kanak.

Raja Lawak Jurnior

Peserta Raja Lawak Jurnior adalah terdiri daripada 6 pelawak solo dan 4 pelawak berkumpulan, jumlah 10 peserta yang akan bersaing di pentas RLJ bermula 10 Ogos ini.

peserta raja lawak jurnior
Gambar peserta, juri dan hos Raja Lawak Jurnior

RLJ akan dihoskan oleh Ajak Shiro dan Ain Edruce. Peserta-peserta adalah terdiri daripada kanak-kanak berusia 7 hingga 15 tahun.

Menurut kenyataan Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Warna, Astro Prima dan Intrend, program ini khusus untuk mencari pelapis versatil dalam kalangan kanak-kanak.

“Kami sering melihat video kanak-kanak yang tular di laman sosial berunsurkan komedi dan jenaka.

“Jadi kami menyediakan platform untuk mereka menyerlahkan sisi kreatif dan potensi masing-masing,” jelasnya pada satu sidang media bertempat di The Love, Matic.

Format markah RLJ bergantung sepenuhnya kepada pihak juri tetap yang terdiri daripada Adibah Noor, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Jangan lupa ikuti Raja Lawak Jurnior bersiaran 10 minggu yang akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu bermula 10 Ogos 2019, jam 9 malam di saluran Astro Warna 132 dan HD 124.